Disebabkan isu enjin, Polis UK tak boleh pandu kereta peronda BMW laju-laju

oleh Mohamad Hanif|
Pasukan polis di UK diarahkan untuk tidak mengejar penjenayah di dalam kereta peronda berjenama BMW disebabkan permasalahan enjin melibatkan model yang dilengkapi enjin enam silinder sebaris N57.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada The Northern Echo, para pegawai polis yang bertugas telah dinasihatkan supaya tidak memandu melebihi had laju.

Malah, pasukan polis Durham telah melaksanakan polisi untuk tidak mengejar penjenayah, dan ini mengakibatkan para pegawai berasa tertekan kerana tidak dapat melakukan kerja dengan sewajarnya.

Dalam pada itu, BMW memaklumkan masalah yang melibatkan kereta peronda pasukan polis UK tidak melibatkan model yang dijual kepada  umum.

Pengeluar tersebut tidak mendedahkan masalah terperinci, namun mereka mengesahkan isu ini hanya terpakai kepada pihak polis disebabkan cara mereka di dalam mengendalikan setiap kenderaan ketika bertugas.

"Isu ini berkaitan dengan cara polis mengoperasikan kereta-kereta berprestasi tinggi tersebut. Profil penggunaan yang unik telah memberikan beban tambahan terhadap sesetengah komponen, dan disebabkan itu BMW telah mengumumkan program servis khas untuk barisan kenderaan peronda yang terjejas.

Sumber: The Northern Echo, Auto Express UK

Berita Berkenaan

Berita Global
Penstrukturan itu turut melibatkan bahagian Pakar & Jualan Antarabangsa yang bertanggungjawab…
Berita Global
Menariknya, walaupun ia hadir dalam versi prototaip, MPV Mustang Mach-E itu sudah pun mendapat…
Berita Global
Disebabkan itu, National Police Chief's Council UK menyarankan para pemilik kenderaan supaya…