Penstrukturan itu turut melibatkan bahagian Pakar & Jualan Antarabangsa yang bertanggungjawab menghasilkan kereta tempahan khas termasuk untuk kereta polis UK.
Perubahan itu dibuat setelah syarikat itu berdepan isu gangguan rantaian bekalan dalam industri automotif, termasuk isu kekurangan semikonduktor yang berlaku di peringkat global.
Disebabkan masalah yang dihadapi, BMW akan menghentikan penghasilan kereta polis UK, syarikat itu akan memfokuskan kepada jualan untuk pelanggan runcit dan korporat khusus untuk pasaran UK sahaja.

Setahun yang lepas, polis UK pernah diarahkan supaya tidak menggunakan kereta peronda BMW dengan enjin N57 untuk pengejaran pada kelajuan tinggi kerana isu keselamatan.
Enjin N57 pada BMW itu dikaitkan dengan kejadian pada 26 Januari 2020 yang melibatkan kematian tragik pegawai polis Nicholas Dumphreys.
Kereta peronda yang dipandu oleh Dumphreys telah terlibat dalam kemalangan, dan inkues ke atas kemalangan maut yang dilakukan pada 2022 itu menunjukkan ia berpunca dari kerosakan bearing aci engkol pada enjin N57.
Kerosakan pada bearing aci engkol itu menyebabkan kebocoran pada oil sump, sekaligus menyebabkan enjin N57 yang digunakan pada model BMW itu terbakar.
Sumber: Auto Express