Polis UK berminat guna MPV Mustang Mach-E

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah prototaip kereta peronda polis Mustang Mach-E telah dibina oleh Ford untuk diuji penggunaannya di dalam dunia sebenar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menariknya, walaupun ia hadir dalam versi prototaip, MPV Mustang Mach-E itu sudah pun mendapat perhatian daripada beberapa pasukan polis Britain, termasuklah Police Scotland dan Metropolitan Police Force.
 

Mustang Mach=E


Untuk membangunkan MPV ini, Ford telah meminta kerjasama syarikat Safeguard SVP untuk memasang kelengkapan tipikal kereta peronda, seperti lampu strobe LED, siren, sistem komunikasi radio, serta liveri klasik battenburg yang memberikan identiti kereta peronda pada bahagian luar Mustang Mach-E ini.

Baca: Apa itu corak battenburg pada kereta peronda?

Ford Mustang Mach-E ini turut mendapat pemasangan bateri tambahan (12 volt) untuk kegunaan perkakasan komunikasi supaya ia tidak memberikan impak kepada sistem bateri utama dan jarak pemanduan yang tersisa.
 

mustang


Mustang Mach-E yang diperlihatkan ini menggunakan asas daripada varian Standard Range AWD yang memiliki pek bateri berkapasiti 68 kWh, dua motor elektrik menghasilkan 265 hp dan jarak pemanduan maksimum 400 km.

Ford juga merancang untuk menawarkan versi Extended Range RWD dengan pek bateri yang lebih besar (88 kWh), motor elektrik berkuasa 290 hp dengan jarak pemanduan maksimum 600 km, atau trenkuasa Mustang Mach-E GT dengan motor elektrik 480 hp dan keupayaan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.7 saat.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Semua pemandu dan penumpang dewasa hendaklah duduk di kerusi ketika kenderaan bergerak. "Tambahan…
Berita Domestik
Beliau berkata siasatan mendapati kejadian berlaku pada Ahad lepas melibatkan anggota Balai Polis…
Berita Domestik
Peniaga berusia 33 tahun yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Mitsubishi Grandis itu ditahan…