Denyu Bostandzhiev dilantik sebagai Pengarah Urusan baharu PHSAM dan VPCM

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Porsche Holding Salzburg (PHS) Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan Denyu Bostandzhiev selaku Pangarah Urusan Bersama PHS Automotive Malaysia (PHSAM) dan Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), bermula 1 Julai 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Denyu akan mengetuai aspek Jualan, Selepas Jualan dan Pembangunan Rangkaian, Pemasaran serta IT untuk kedua-dua buah syarikat.

Dimana beliau berkongsi kepakaran beliau dari segi strategi perniagaan dan operasi, pembangunan produk dan penjenamaan bagi meningkatkan dan mengukuhkan lagi perniagaan Audi serta Volkswagen di Malaysia.

Beliau akan memegang posisi itu bersama Kurt Leitner yang akan terus menerajui operasi HR dan Kewangan.

Denyu memiliki pengalaman selama 20 tahun dalam industri automotif dan kejuruteraan di tiga benua berbeza sejak tahun 2004, dengan yang terbaharu sebagai Pengarah Urusan Porsche Ukraine LLC.

Di sana, beliau ditugaskan untuk menstruktur semula semua jabatan jenama dan memperkenalkan program Pengurusan Proses Perniagaan dalam usaha menghasilkan satu strategi jenama jangka masa panjang yang terbaik.

Pada tahun 2016, Denyu telah bertugas di Malaysia selama dua tahun setengah dan menjadi watak penting dalam memulakan operasi pemasangan model Volkswagen Arteon, Tiguan Allspace dan Golf GTI.

Denyu akan menggantikan Erik Winter yang akan menjawat jawatan sebagai Pengarah Urusan Porsche Holdings Salzburg di Chile, Erik merupakan individu penting dalam memperkenalkan semula jenama Audi di Malaysia sejak Julai tahun lalu.

Untuk jenama Volkswagen, Erik berjaya meningkatkan keyakinan pelanggan menerusi aspek selepas jualan, mengukuhkan rangkaian pengedar dan mengembangkan penawaran produk dalam tempoh tujuh tahun.

PHS berperanan menguruskan PHSAM dan VPCM yang merupakan pengedar rasmi kenderaan Audi dan Volkswagen di Malaysia.

Menjadi sebuah syarikat milik penuh Volkswagen Group, PHS ialah peruncit automotif paling besar dan berjaya di Eropah dengan kehadiran di 29 buah negara di Amerika Selatan, Eropah Timur dan Asia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua kempen yang akan berakhir pada 31 Disember ini menawarkan penjimatan sehingga RM93,000…
Model Terbaharu
Terdiri daripada model SUV, sportback dan coupé empat pintu, rangkaian e-tron dibina khas dengan…
Berita Domestik
Pelan itu merangkumi pelbagai manfaat seperti Audi Plus, Pelan Insurans Audi, Pakej Pembaikan Audi…