DBKL sediakan empat kontraktor selenggara pokok di setiap kawasan Parlimen

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyediakan empat kontraktor bagi setiap kawasan Parlimen untuk kerja-kerja penyelenggaraan pokok di Kuala Lumpur.

Perkara itu dikongsikan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dalam hantaran di laman X hari ini selepas mengadakan pertemuan bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzaman Mat Salleh.

 

 

"Selepas melawat warga Lembah Pantai yang terjejas akibat ribut baru-baru ini, saya bertemu Datuk Kamarulzaman Mat Salleh di Menara DBKL, pada Selasa.

"Kami bincang isu perubahan iklim dan peranan Jabatan Pembangunan Landskap Dan Rekreasi DBKL dalam memastikan penyelenggaraan pokok di Kuala Lumpur dapat dilaksanakan dengan baik," katanya.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, DBKL juga berhasrat untuk menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menanam 100 pokok bagi setiap pokok yang ditebang, selaras dengan usaha untuk menghijaukan bandar raya dan Malaysia secara amnya.

Pada 25 Mei lalu, beberapa kawasan di Kuala Lumpur khususnya sekitar Lembah Pantai dan Bangsar dilanda hujan lebat serta angin kencang hingga mengakibatkan insiden pokok tumbang dan bumbung bangunan terbang.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
Menurut kumpulan itu, fasa satu kontrak ITIS itu kini dilanjutkan sehingga 2029 berbanding tempoh…
Berita Domestik
Menurutnya, pemeriksaan berkala dilaksanakan oleh Arborist bertauliah dan pemeriksaan terakhir…
Berita Domestik
"DBKL juga mempunyai tiga depoh simpanan kenderaan tunda sedia ada di Taman Connaught dan Jalan…