TAS Kuala Lumpur 2023 - Senarai jentera binaan Jepun yang bakal dipamerkan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
2023 bakal menyaksikan acara sulung bagi pameran TAS Kuala Lumpur 2023, dengan debaran kian terasa dimana ia bakal menampilkan pelbagai jenis model dengan modifikasi dari penala (tuner) terkenal Jepun seperti Top Secret, Spoon, HKS dan Greddy.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara yang sah dan bakal menarik tumpuan peminat JDM di Malaysia pada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 ialah:

1) GReddy Stance RZ34

greddy

 

  • Asas model Nissan Fairlady Z
  • Dibina oleh TRUST/GReddy dengan kerjasama ANDEM, MOONTEC dan SPL
  • Enjin VR30DDTT 3.0 liter V6 turbo
  • 652 HP
  • Kit badan lebar Rocket Bunny Pandem rekaan Kei Miura

 

2) Top Secret Gold GTR

r35 gtr

 

  • Asas model Nissan R35 GTR
  • Dibina oleh Smokey Nagata, Top Secret
  • Enjin VR38DETT 3.8 liter V6 turbo
  • 815 HP
  • Kit aero rekaan Top Secret

 

3) Active Carbon R32 GTR RB30 Kai Concept

r32 gtr

 

  • Asas model Nissan R32 GTR
  • Direka oleh Kazushige Sakamoto, dibina oleh Garage Active
  • Enjin RB30 yang dibina sepenuhnya bersama jajan-jajan prestasi
  • 343 HP
  • Kit badan lebar karbon Active

 

4) C7 Corvette Forte Wide Body

c7

 

  • Asas model Chevrolet C7 Corvette
  • Dibina oleh Forte
  • Kit badan lebar Forte
  • Warna istimewa Rohan
  • Rim Forte Forging

 

5) HKS GR Supra Aero

gr supra hks

 

  • Asas model GR Supra
  • Dibina oleh HKS
  • Enjin B48 1998 cc
  • Kit badan lebar HKS Premium
  • Rim Advan R6

 

6) Spoon NSX

nsx spoon

 

  • Asas model Honda NSX
  • Dibina oleh Spoon
  • Enjin C32B 3.2 liter V6
  • 350 HP
  • Kit badan Spoon NSX-R GT

 

7) Sphere Racing Orochi

Sphere Racing Orochi

 

  • Asas model Mitsuoka Orochi
  • Dibina oleh Sphere Light
  • Enjin Toyota 3MZ-FE V6
  • 230 HP
  • Kit badan lebar Liberty Walk

 

8) HKS Driving Performer GT86 Type R

gr86 hks

 

  • Asas model Toyota GR86
  • Dibina oleh HKS
  • Enjin FA24 GT2 supercharged
  • Kit badan HKS Type R
  • Tersedia untuk dijual di pameran TAS Kuala Lumpur 2023

 

Melihat pada barisan jentera binaan oleh penala terkenal di atas, peminat JDM seharusnya tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri hasil binaan tersebut.

Pengunjung juga berpeluang untuk bertemu dengan penala terkenal seperti Smokey Nagata dan ramai lagi.

Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 akan berlangsung pada 9 hingga 11 Jun bertempat di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.

Tiket masuk dijual pada harga RM60/sehari untuk dewasa dan RM28/sehari untuk kanak-kanak, dan boleh dibeli secara atas talian, kunjungi laman sesawang Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur untuk pembelian tiket.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara sulung TAS Kuala Lumpur edisi pertama itu telah menampilkan penala-penala (tuner) terkenal…
Berita Domestik
Acara tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri…
Berita Domestik
Selain barisan binaan terkenal dari penala Jepun, TAS Kuala Lumpur yang pertama kali diadakan itu…