Dacia kekal tawar kereta harga murah

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat automotif Dacia akan mengekalkan komitmen menawarkan harga yang murah untuk kesemua barisan model yang ditawarkannya pada ketika ini.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Bercakap kepada Autocar, ketua unit produk Dacia, Andreea Guinea menjelaskan, kebanyakan pelanggan Dacia tidak mahu membelanjakan lebih banyak wang untuk sebuah kenderaan.

"Mereka mungkin menghargai rekaan sesebuah kereta, namun mereka tidak mahu berbelanja lebih (untuk sistem atau spesifikasi yang lebih kompleks).

Disebabkan itu, kenderaan generasi baharu Dacia tidak akan dilengkapkan dengan lebih ciri keselamatan, atau komponen elektrik melebihi apa yang diperlukan.
 

Jogger


Seperti contoh, model Jogger yang baharu sahaja dilancarkan pada ketika ini ditawarkan dengan enjin pembakaran dalaman tulen, diikuti dengan model hibrid, namun model plug-in hybrid tidak termasuk dalam perancangan buat masa ini.

Guinea berkata demikian ketika mengulas prestasi jualan hatchback Dacia Sandero yang kini menjadi model terlaris di Eropah, walaupun hanya memiliki penarafan dua bintang Euro NCAP disebabkan ketiadaan sistem brek kecemasan autonomi (AEB) berbanding pesaingnya.

"Di Dacia, kami tidak mengejar bintang Euro NCAP - ia bukan falsafah kami. Namun begitu, keselamatan pelanggan merupakan matlamat utama kami, dan disebabkan itu jugalah kenderaan kami mempunyai aspek keselamatan yang dipertingkatkan.

"Lima bintang Euro NCAP bermakna sesebuah kenderaan mempunyai pelbagai jenis kelengkapan elektronik, radar, kamera - kesemua perkara yang tidak diminta oleh pelanggan kami. Kereta dengan penarafan lima bintang Euro NCAP kini terlalu rumit, sehinggakan pelanggan tidak memahami fungsi dan kegunaannya," tambah beliau.
 

jogger


Lebih menguntungkan Dacia adalah mereka mudah untuk mendapat akses terhadap platform dan teknologi dari syarikat induk (Renault) yang mampu meminimumkan lagi impak kewangan terhadap pembangunan sesetengah kenderaan.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sejak 2021, Dacia giat memperkemaskan Spring sebagai contoh model 2023 dan terbaru versi…
Berita Global
  Jentera itu menggunakan kepakaran Renault Group dan Prodrive dan dibangunkan mengikut peraturan…
Berita Global
  Dari situ, Renault Group memiliki dua buah jenama mampu milik dengan masing-masing di pasaran…