D-Max special dari Hat Yai

oleh HEZERI SAMSURI|
Pekan Hat Yai (Haad Yai atau Had Yai) ialah antara destinasi terkenal untuk rakyat Malaysia jika mereka lepas ke Thailand.

Hanya 62 km dari Bukit Kayu Hitam atau dari Padang Besar, ia merupakan bandar terbesar di wialayah Songkhla. 

Namun begitu, ia bukanlah ibu negeri Songkhla kerana ibu negeri wilayah itu ialah bandar Songkhla dan Hat Yai ialah bandar komersil wilayah tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk mereka yang berkeluarga, Hat Yai ada banyak tempat menarik seperti Floating Market di Khlong Hae (banyak makanan halal), kereta kabel untuk melihat mercu tanda Hat Yai iaitu patung Brahma bermuka empat, Wat Hat Yai Nai atau tokong Buddha di Hat Yai yang ketiga terbesar di Thailand dan untuk para suami dan lelaki, deretan kedai-kedai aksesori kenderaan di bandar Hat Yai.

Antara kedai aksesori terkenal di sana ialah SS Suspension Shop - pakar dalam modifikasi sistem gantungan untuk trak pikap, MPV, SUV dan van komuter.

Selain dari menjadi pengedar rasmi untuk jenama sistem gantungan AC Power Twin Arms Stabiliser, mereka juga menjadi agen pengedar bagi Bilstein, Pro Fender, King Springs dan pelbagai lagi.

Menurut pemiliknya, K. Sukrasi Saridikul, Isuzu D-Max yang menjadi bintang kali ini adalah lebih kepada satu demonstrasi akan kebolehan kedai beliau.

Walaupun dari luaran D-Max ini tidak nampak begitu custom, kecuali roda aloi, tapak sisi eletrik dan warna garang, modifikasi extrem dilakukan untuk bahagian dalam dan di bawah hood.

Enjin yang dikatakan memberi kuasa 280 hp dengan kadar tork pada 650 Nm, pelbagai perubahan dilakukan pada enjin untuk mencapai nilai-nilai tadi.

Penambahan yang dilakukan terlalu banyak, cukup jika kita senaraikan perkara-perkara seperti racing cam, racing clutch, fuel regulator baharu, nozzle baharu, pam untuk common rail yang lebih kuat, titanium intercooler piping dan sebagainya.

Menghairankan ialah kerana unit pengecaj turbo yang digunakan masih lagi yang asli.

Untuk sistem gantungan, D-Max ini diberikan penyerap hentak bolehlaras Touch Dog dengan gelung spring King. Bahagian belakang, sistem penyerap hentak Rancho RS9000. 

Bagi menstabilkan ia lagi, set up yang terdiri dari AC Power Twin Arms dan AC Power Shackle Bush Kit dipasang.

Hasilnya ialah semua D-Max yang besar tetapi memandu setajam sebuah kenderaan yang jauh lebih kecil dari trak gajah ini.

Untuk mereka yang mahukan sentuhan pakar custom Hat Yai ini, atau yang mahu mencari barang-barang baharu, layari:

Facebook: AC Power      
Whatsapp beliau di nombor +66927409119
Alamat kedai mereka di sana: 442 Sakornmongkol 2 Road, Hatyai, Songkhla, Thailand. 

Mereka dibuka setiap hari dari jam 8.30 am hingga 5.30 pm, Isnin hingga Sabtu.

Sekiranya anda tahu ada lagi trak pikap Isuzu D-Max bikin, sila PM kami! 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bertempat di acara perlumbaan Suzuka 8 Jam baru-baru ini di Jepun, Kawasaki mengejutkan dunia…
Berita Global
Mengutip info daripada Car 2Day, Nissan dilihat sedang menguji Serena generasi C28 walaupun model…
Berita Global
Setiap satu model tersebut menampilkan dua varian warna yang berbeza, namun butiran lain seperti…