Motosikal elektrik, hibrid Kawasaki buat kemunculan di Litar Suzuka!

oleh Mohamad Hanif|
Pada tahun lalu, Kawasaki ada mendedahkan perancangan untuk menawarkan motosikal berelektrik menjelang tahun 2035, dengan sekurang-kurangnya 10 buah model hibrid menjelang 2025.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Bertempat di acara perlumbaan Suzuka 8 Jam baru-baru ini di Jepun, Kawasaki mengejutkan dunia dengan memperlihatkan bukan satu, tapi dua buah model prototaip motosikal berkuasa elektrik dan model hibrid.

Kawasaki EV Prototype

Kawasaki EV


Jentera naked yang anda lihat ini merupakan sebuah motosikal berkuasa elektrik sepenuhnya.

Unit prototaip awal yang diperlihatkan sebelum ini menampilkan prestasi yang menyamai kelas 125 cc, lengkap dengan transmisi manual empat kelajuan, namun datang dengan satu kelemahan nyata - ia terlalu berat!

Ini kerana unit prototaip tersebut menampilkan pek bateri besar kekal serta sistem pengecasan CHAdeMO yang sama seperti EV yang ada di pasaran.

 


Unit prototaip terbaharu yang muncul di Suzuka ini membawakan pendekatan yang berbeza, dengan mengenepikan pek bateri besar dan transmisi empat kelajuan dan menggantikannya dengan pek bateri mudah ganti serta trenkuasa kelajuan tunggal pacuan terus.

Kebanyakan panel badan motosikal elektrik ini banyak dipinjamkan daripada model yang sudah tersedia di pasaran seperti Z250/Z400.

Perbezaan yang ketara sudah semestinya enjin pembakaran dalaman yang digantikan dengan trenkuasa motor elektrik, pek bateri yang tergantung di bahagian bawah, serta rekaan 'tangki bahan api' yang boleh dibuka - berkemungkinan menempatkan bateri simpanan tambahan di bahagian tersebut.

 

Kawasaki HEV Prototype

HEV


Berdasarkan unit prototaip yang dipamerkan, ia memperlihatkan reka bentuk yang sudah pun sedia untuk diproduksikan tanpa sebarang kehadiran pelekat samaran.

Pada motosikal hibrid ini, ia menggunakan enjin jenis parallel-twin yang masih lagi dilengkapi dengan sistem ekzos, namun dengan penutup enjin yang sedikit berbeza pada kedua-dua bahagian kiri dan kanan.

Tiada sebarang info berkenaan sesaran enjin pada model hibrid ini, namun terdapat kemungkinan besar ia menggunakan nadi bersesaran besar berdasarkan penggunaan brek cakera berkembar di hadapan.

Terdapat juga komponen yang dipinjamkan daripada Ninja 650 seperti fork hadapan, fender hadapan dan juga angkup brek.
 

Kawasaki


Selain daripada muka hadapan yang menampilkan elemen rekaan tipikal Kawasaki (dan lampu utama hijau), bahagian seksyen belakang pula nampak berisi di mana ia menempatkan sistem bateri 48 voltan yang digunakan untuk sistem hibrid jentera ini.

Sebuah lagi bateri 12 voltan yang lebih kecil dikhususkan untuk sistem elektrik konvensional motosikal tersebut.

Sistem hibrid jentera ini menampilkan motor elektrik yang dipasang pada bahagian atas transmisi, dan dihubungkan kepada kotak gear semi-automatik menerusi klac kawalan elektronik.

Ini membolehkan jentera hibrid Kawasaki ini boleh ditunggang dengan menggunakan kuasa elektrik sahaja terutama di kawasan sifar emisi, atau menggunakan kuasa gandingan enjin dan motor elektrik apabila diperlukan, tanpa memerlukan operasi klac tangan seperti kebiasaan jentera Kawasaki.

Secara teorinya, motosikal hibrid ini mampu menawarkan pecutan terbaik serta kelajuan tertinggi yang mampu menyamai motosikal bersesaran 650 cc, dan penggunaan bahan api yang jauh lebih baik berbanding motosikal 400 cc konvensional.
 

Kawasaki EV


Kawasaki dijangka akan melancarkan dua buah model motosikal berkuasa elektrik dengan prestasi yang menyamai model bersesaran 125 cc untuk pasaran Amerika menjelang tahun 2023.

Sumber: CycleWorld

Berita Berkenaan

Berita Global
Mengutip info daripada Car 2Day, Nissan dilihat sedang menguji Serena generasi C28 walaupun model…
Berita Global
Setiap satu model tersebut menampilkan dua varian warna yang berbeza, namun butiran lain seperti…
Berita Domestik
Dengan kehadiran model-model EV yang disebutkan tadi, bagaimana pula dengan pasaran Malaysia itu…