Nissan uji generasi baharu Serena C28 di Thailand

oleh Mohamad Hanif|
Tidak pun lama selepas generasi baharu MPV Nissan Serena dikesan di ibu pejabat Nissan di Jepun, MPV kotak itu kini dilihat 'mendarat' di rantau Asia Tenggara, lebih tepat lagi di negara jiran, Thailand.

Mengutip info daripada Car 2Day, Nissan dilihat sedang menguji Serena generasi C28 walaupun model tersebut tidak pernah ditawarkan secara rasmi di negara itu.
 

Serena


Ya, di rantau Asia Tenggara, Nissan hanya menjual model Serena di dua negara, iaitu di Indonesia dan juga negara kita Malaysia.

Daripada segi penampilan, biarpun masih sarat dengan pelekat samaran, terdapat beberapa info penting yang boleh diambil, seperti contoh pintu belakang dengan dua bukaan yang berbeza, spoiler besar di bahagian tersebut, serta lampu belakang jenis LED dengan grafik tiga kluster serba baharu.
 

Serena


Sukar untuk meneka apa yang bakal ditawarkan pada ruang kabin Serena generasi baharu berdasarkan imej sedia ada.

Selain daripada info di atas, Nissan Serena C28 dikatakan akan tampil dengan teknologi trenkuasa e-Power, unit yang sama wujud pada model Nissan Kicks dan Nissan Note, di mana ia bakal menjadikan penggunaan bahan api MPV ini yang lebih jimat.
 

Serena


Tidak dapat diketahui bilakah tarikh sebenar pelancaran rasmi Nissan Serena C28 ini, namun sebagai makluman Nissan Serena generasi C27 telah pun wujud sejak dari tahun 2016 lagi.

Versi facelift yang telah wujud sejak dari tahun 2019 di pasaran Jepun hanya mendarat di pasaran Malaysia kira-kira tiga tahun selepas itu.

Sumber: Car 2Day via Autonetmagz

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana berdasarkan laporan daripada laman Drive di mana unit ujian SUV kecil dengan kehadiran…
Berita Global
Mitsubishi nampaknya sedang menguji generasi baharu trak pikap tersebut di mana unit ujian yang…
Berita Global
Jadi adalah tidak mengejutkan apabila model ujian generasi ke-11 Honda Accord mula dikesan…