Cyberjaya bakal jadi lapangan ujian kereta terbang - Menteri

oleh Mohamad Hanif|
Cyberjaya bakal menjadi saksi kepada ujian-ujian rekacipta terbaharu negara sebelum ia benar-benar dikomersialkan tidak lama lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut satu berita yang dilaporkan oleh NST, Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, terdapat cadangan diajukan bagi menjadikan Cyberjaya sebagai lapangan ujian untuk inovasi baharu, termasuklah kereta terbang. 

Ujar beliau lagi, cadangan tersebut turut menerima sokongan daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 

"Tun berkata 'silakan, tapi siapa yang akan cuba?' dan saya secara berseloroh berkata 'saya sendiri akan cuba terbang (dalam kereta terbang)'.

"Sekiranya ada sesiapa yang hadir dengan inovasi baharu (termasuk kereta terbang), kita kini mempunyai ruang untuk menguji dengan lebih terperinci," tambah beliau. 

Baru-baru ini, laporan dari akhbar yang sama turut menyebut projek kereta terbang nasional kini sudah pun mencapai kadar 75% sedia untuk dilancarkan. 

Sumber: NST

Berita Berkenaan

Informasi
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak…
Berita Domestik
Walau bagaimanapun, yang mengundang tanda tanya dalam kalangan orang ramai adalah kedudukan…
Berita Global
Ia beberapa minggu sebelum syarikat itu tersenarai Nasdaq yang menjadikan pesawat pembawa penumpang…