Curtiss Zeus Radial V8 - inspirasi motosikal V8 era 1900-an!

oleh Mohamad Hanif|
Modenas

Jika ada di antara para pembaca yang seakan pernah melihat motosikal elektrik ini, anda tidak keseorangan kerana pembinanya, Curtiss Motorcycles mengambil inspirasi daripada rekaan motosikal era 1900-an. 

Struktur 'enjin' ala-ala bentangan V8 itu sememangnya diinspirasikan daripada rekaan sebenar Glenn Curtiss V8 yang dibina pada tahun 1907, dengan rekod kelajuan terpantas dunia 218 km per jam!
 


Usah tertipu dengan rekaan tersebut, kerana ia sebenarnya adalah susunan pek bateri dalam bentuk silinder yang direka oleh pereka Curtiss, Jordan Cornille, di mana rekaan terbuka itu mampu memudahkan proses penyejukan. 

Komponen bateri berkapasiti 16.8 kWh itu kemudian digandingkan dengan sistem kawalan dan motor elektrik daripada firma kejuruteraan YASA dan menurut Curtiss, ia mampu untuk menjana 217 kuasa kuda dan 199 Nm daya kilas.
 


Dengan pengenalan motosikal hot rod berkuasa elektrik ini, Curtiss Motorcycles mahu mencipta sebuah motosikal yang diingini, tampak agresif dan lebih hijau daripada motosikal konvensional. 

Curtiss Zeus Radial V8 dijangka akan memasuki fasa produksi menjelang tahun hadapan dengan harga jualan yang agak tinggi, $75,000 (atau RM310,164 mengikut kadar pertukaran mata wang semasa).

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Cuaca panas, leceh tunggu lama-lama dan hendak mengejar trip menjadi alasan popular bila ditanya.…
Berita Global
Saiz tangki standard Yamaha Tenere 700 ialah 16 liter dengan jarak perjalanan lebih kurang 320 km.…
Berita Domestik
  Tidak cukup dengan itu, seorang daripadanya iaitu pelajar tingkatan empat didapati dengan…