Culas bayaran ansuran bulanan, 50% adalah pemilik 'Ysuku'!

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Kosmo
Pemilik sebuah kedai motosikal di Terengganu mendedahkan kira-kira 160 individu kini ‘disenarai hitamkan’ kerana tidak membayar ansuran bulanan pinjaman motosikal mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menerusi perkongsian di laman Facebook Motor Mok Mung, daripada jumlah itu, lebih 50 peratus adalah pemilik motosikal jenis Yamaha Y15ZR atau (Ysuku).

 

Jelas kedai itu lagi, kebanyakan mereka tertangguh bayaran antara enam bulan sehingga 36 bulan (tiga tahun) dan kesemua pinjaman dibuat menerusi pinjaman kedai (loan kedai).

 

Selain Yamaha Y15R, antara motosikal yang masih tertunggak bayaran adalah Yamaha NVX, Yamaha R15, Yamaha Ego LC, Honda Beat dan Honda RS.

 

Menurut pemilik kedai terbabit, tindakan selanjutnya akan dikenakan kepada mereka yang gagal menjelaskan hutang dalam tempoh yang ditetapkan.

 

“Amaran tunggakan motor loan kedai. Sila jelaskan segera, kegagalan berbuat demikian akan dikenakan tindakan selanjutnya. 

 

“Pandai hutang, pandai bayar. Anda settle (jelaskan) bayaran, kami delete (buang) nama anda dari senarai ini, ” tulis mereka di Facebook semalam.

 

Difahamkan kedai berkenaan terletak di sebuah negeri di Pantai Timur.

 

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna mengecam tindakan mereka yang membeli motosikal tetapi tidak membayar ansuran bulanan sehingga menyusahkan pihak kedai.

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Saya mencadangkan pengguna jalan raya Singapura yang lakukan kesalahan tidak boleh masuk memandu…
Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…
Berita Domestik
Beliau berkata, video itu memaparkan seorang anggota polis trafik cuba memberhentikan kereta jenis…