Rolls-Royce Spectre terpakai untuk dijual di laman Bring A Trailer, harga cecah RM1.8 juta

oleh Mohamad Hanif|
Tahun lepas, CEO Rolls-Royce Torsten Müller-Ötvös memberikan amaran keras dengan menyenaraihitamkan mana-mana pembeli yang menjual semula model Spectre kepada pihak ketiga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk menjual model tersebut menerusi laman Bring A Trailer.
 

Spectre


Kereta elektrik dengan jarak perbatuan cuma 159 km itu didatangkan lengkap dengan Launch Package, diikuti dengan kemasan Tempest Grey, garisan koc jingga Mandarin, serta set rim tujuh jejari bersaiz 23 inci yang dibaluti tayar Pirelli P Zero.

Ruang kabin pula menampilkan upholsteri kulit warna dua tona Scivaro Grey/Charles Blue, kemasan jahitan jingga Mandarin, aksen kayu liang terbuka pada panel pintu, dan ciri wajib pada sebuah Rolls-Royce - headliner kulit Shooting Star.
 

spectre


Ciri lain termasuklah fungsi pemanas, pengudaraan dan urutan pada tempat duduk, sistem kawalan iklum automatik empat zon, skrin infohibur sebesar 10.25 inci, sistem bunyi Bespoke Audio 415 watt dengan 16 pembesar suara, dan tidak ketinggalan payung Scivaro Grey yang tersimpan pada fender hadapan.

Secara standard, Rolls-Royce Spectre dikuasakan oleh sepasang motor elektrik menghasilkan 584 hp dan 900 Nm, dipadankan dengan pek bateri 120 kWh dengan jarak gerak sejauh 428 km untuk sekali cas penuh.
 

spectre


Setakat artikel ini ditulis, harga bidaan di laman Bring A Trailer sudah mencecah $380,000 (RM1.79 juta) dan akan tamat dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi.

Baca: Rolls-Royce Spectre mendarat di Malaysia, harga RM2 juta

Baca: Penjual semula Rolls-Royce Spectre akan disenaraihitamkan

Sumber: Bring A Trailer

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu barang panas itu ada di Amerika Syarikat, di mana model tahun 1990 yang masih lagi…
Berita Global
Koleksi Datsun Z ini sebenarnya dimiliki oleh seorang pengumpul yang juga memegang keahlian dalam…
Berita Global
Jika anda merasakan penawaran Porsche itu terlalu moden untuk citarasa peribadi, usah risau kerana…