Crossover terkecil Kia dari platform Hyundai Venue

oleh Mohamad Hanif|
Bagi melengkapi barisan SUV sedia ada, Kia dilaporkan bakal memperlihatkan secara rasmi sebuah lagi model crossover pada acara Auto Expo 2020 bertempat di New Delhi (5-12 Februari).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model yang dibangunkan berdasarkan platform Hyundai Venue itu bakal menjadikan ia sebagai crossover terkecil di dalam barisan SUV Kia sedia ada. 

Tidak seperti Venue, crossover baharu Kia ini membawakan rekaan yang lebih muskular, ikonik hidung harimau Kia, stail yang lebih moden, lampu LED dan bukaan udara yang lebih besar. 

Terdapat beberapa laporan media yang menyebut Kia sudah pun mula menguji SUV baharu tersebut yang diberikan kod nama QYi dengan dimensi jarak antara roda yang lebih pendek berbanding Hyundai Venue. 


Sementara itu, ruang dalaman tidak akan lari jauh daripada apa yang dibawakan pada Kia Seltos seperti paparan infotainmen dengan ciri skrin sentuh, sambungan kepada peranti pintar, pendingin hawa automatik, pad pengecas peranti nirwayar, bumbung suria dan banyak lagi.

Persamaan turut diteruskan dengan penggunaan trenkuasa 1.0 liter turbo dan 1.2 liter aspirasi natural yang ditawarkan pada Hyundai Venue dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan dan klac berkembar automatik 7 nisbah kelajuan.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Eropah, genre SUV ini menguasai 51 peratus daripada jumlah jualan kenderaan baharu sepanjang…
Berita Global
Ford Puma crossover yang muncul pada tahun 2019 itu kini bertindak sebagai alternatif SUV kepada…
Berita Global
Namun, tidak seperti model yang dipasarkan di Jepun, Corolla Cross facelift Thailand ini dilihat…