51 peratus kereta baharu di Eropah terdiri daripada SUV!

oleh Mohamad Hanif|
Populariti SUV nampaknya kian meningkat, dan tidak akan menunjukkan tanda-tanda akan padam dalam masa terdekat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di Eropah, genre SUV ini menguasai 51 peratus daripada jumlah jualan kenderaan baharu sepanjang tahun 2023, atau 6.63 juta unit dengan peningkatan sebanyak 19 peratus berbanding tahun 2022.
 

SUV


Berdasarkan data yang dikumpulkan oleh Dataforce (diterbitkan oleh Automotive News), SUV kini merangkumi separuh daripada 10 segmen kenderaan terbesar di Eropah.

Segmen Small SUV menjuarai carta dengan jumlah jualan sebanyak 2,159,427 unit, diikuti dengan Compact SUV di tangga kedua (1,904,669), Premium Midsize SUV di tempat kelima (843,939), Premium Compact SUV di tangga keenam (721,376) dan Midsize/Large SUV di tempat kelapan (667,670).
 

Tesla


Peningkatan terhadap angka jualan segmen SUV premium saiz pertengahan itu juga turut disumbangkan oleh angka jualan Tesla Model Y yang naik 85 peratus kepada 254,822 unit.

Dalam segmen sedan mewah pula, 58 peratus daripada jumlah jualan kenderaan tersebut terdiri daripada EV, di mana Porsche Taycan mendahului senarai dengan jumlah jualan sebanyak 19,965 unit mengalahkan Mercedes-Benz S-Class di tempat kedua (9,992 unit).

Sumber: Automotive News Europe

Berita Berkenaan

Berita Global
Peraturan yang digelar sebagai Electric Vehicle Availability Standard itu sebenarnya tidaklah…
Berita Global
Rasa tidak lengkap hidup tanpa kedua-dua ciri yang ternyata boleh meringkaskan dan menyenangkan…
Informasi
Acara tiga hari bermula 11 hingga 13 November ini dijangka akan menawarkan lebih banyak tawaran-…