COVID-19: Universiti Perlis cipta alat semburan disinfektan untuk basmi virus

oleh HEZERI SAMSURI|
Universiti Malaysia Perlis (Unimap) semalam telah menyerahkan alat semburan disinfektan rekaan mereka kepada Jabatan Bomba untuk digunakan dalam proses pembasmian pandemik COVID-19.

Alat yang diberi nama Seri Perlis C19 Tactical Mobile Mass Disinfectant (SP TMMD) itu mampu digunakan di belakang trak pikap atau disorong untuk masuk terus ke dalam bangunan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ujian yang dilakukan di Pasar Sena, Kangar Selasa lalu mendapati ia mampu mengurangkan masa operasi pihak bomba sebanyak 60 peratus.

Ia juga mengurangkan penggunaan ahli bomba semasa operasinya.

 

 

SP-TMMD ini mempunyai tiga corong yang mampu dilaraskan secara menegak atau mendatar dan boleh dihalakan ke bahagian lantai, dinding atau siling bangunan.

Setiap corong juga boleh dipasang atau ditutup mengikut keperluan operasi.

Kuasa datang dari pilihan dua punca - generator petrol 3300 W atau boleh disambung terus kepada soket di bangunan tersebut.

Tangki cecair disinfektan SP-TMMD ini bersaiz 150 liter, di mana ia cukup untuk operasi selama sejam pada kadar pam maksimum.

 

 

Menurut Prof Madya Ir Ts Dr Shahriman Abu Bakar, alat ini direka oleh unit MOTECH (Center of Excellence Automotive & Motorsport) UniMap, unit yang mencipta motosikal retro Sri Perlis seperti yang pernah Careta laporkan tahun lalu.

Antara kesukaran yang dihadapi oleh UniMap ialah kesuntukan masa (tujuh hari sahaja), kos yang terhad serta mendapat bekalan komponen kerana kedai pembekal hanya dibuka pada hari Isnin dan Khamis sahaja.

"Alat SP-TMMD ini sebenarnya tidak sekompleks namanya. Ia cuma menggunakan komponen-komponen yang mudah didapati dan ia juga mudah untuk digunakan," ujar Shahriman.

Anak jati Perlis itu menambah bahawa pasukan Motech cuma menggunakan tiga hari untuk merekacipta dan melakukan simulasi keberkesanan.

"Empat hari kami gunakan untuk mencari komponen-komponen, membina alat itu dan menguji keberkesanannya," tambah Shahriman.

 

 

Pihak UniMap, diwakili oleh Timbalan Chanselor Prof Ir Ts Dr R Badlishah Ahmad telah menyerahkan alat tersebut kepada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis, Ruhisha Haris bersama dengan manual penggunaan jentera tersebut. 

Alat itu dibina melalui geran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bernilai RM10,000.

Sekiranya anda berminat untuk membina alatan yang sama atau anda memerlukan satu alatan khusus untuk operasi anda, hubungi Dr Shariman Abu Bakar pada 019-213-5167 di mana unit Motech Unimap boleh merekacipta alatan yang diperlukan berdasarkan keperluan khusus pihak terbabit.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…