COVID-19: Toyota jangka penurunan keuntungan 80 peratus tahun ini

oleh Mohamad Hanif|
Gergasi besar automotif dunia, Toyota menjangkakan penurunan kadar keuntungan sehingga 80 peratus pada tahun ini, angka terendah yang pernah dicatatkan dalam tempoh sembilan tahun setelah menganggarkan impak pandemik coronavirus terhadap perniagaannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Toyota turut menjangkakan keuntungan operasi bernilai ¥500 billion (RM20 billion) untuk tahun kewangan berakhir Mac 2021 jika dibandingkan dengan angka ¥2.4 trillion (RM96 billion) bagi tempoh yang sama sebelum ini.

Angka tersebut ternyata mengejutkan ramai penganalisis yang menunjukkan kesan yang ditinggalkan oleh COVID-19 terhadap industri.

Menurut Presiden Toyota Akio Toyoda berkata, "impak coronavirus memberikan kejutan yang lebih besar berbanding krisis kewangan global pada tahun 2008.

Toyota meramalkan kadar penjualan sebanyak 8.9 juta kenderaan untuk tahun ini berbanding rekod tertinggi 10.46 juta unit kenderaan yang dijual pada tahun lalu, satu angka yang paling rendah dalam tempoh sembilan tahun.

Walaupun keadaan kian mendesak, Toyota turut menambah mereka akan mengekalkan perbelanjaan mereka untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta perbelanjaan besar yang kebanyakannya tidak berubah daripada tahun lalu.

Menurut laporan daripada Reuters, Pegawai Operasi Koji Kobayashi menyatakan bahawa mereka tidak akan sekali-kali berhenti daripada melaburkan dana demi masa hadapan.

Penganalisa kini meramalkan kadar pemulihan yang perlahan di mana Honda baru-baru ini mengumumkan kerugian suku pertamanya semenjak tahun 2016 manakala Mazda pula turut menganggarkan penurunan 81 peratus daripada keuntungan mereka.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Masalah itu boleh mengakibatkan 'Occupant Classification System' (OCS) tidak berfungsi.…
Berita Global
Jawatan itu kini disandang oleh bekas CEO Lexus dan bos Toyota Gazoo Racing, iaitu Koji Sato,…
Berita Global
Antara punca penurunan tersebut ialah usaha memperbaiki operasi syarikat ketika kekurangan komponen…