COVID-19: Tiga kluster baharu wujud akibat rentas negeri

oleh SALINA JALIL|
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan tiga kluster baharu disebabkan aktiviti rentas negeri yang sehingga kini menjangkiti 68 individu.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster pertama dikenali sebagai Kluster Kampung Puteh yang dikesan di Machang, Kelantan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, kes indeks bagi kluster ini adalah seorang lelaki warganegara berusia 38 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Julai lalu hasil saringan kontak rapat.

"Lelaki ini mempunyai sejarah merentas negeri ke Selangor pada 12 hingga 17 Julai lalu dan nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes dilaporkan berlaku berlaku iaitu di Kampung Hutan Puteh, Machang.

 

"Sehingga kini seramai 40 individu sudah disaring dan daripada jumlah berkenaan 13 orang dijangkiti termasuk lima kes yang dikesan hari ini," katanya dalam kenyataan, semalam.

 

Sementara itu, bagi kluster kedua, Dr Noor Hisham berkata, ia dikenali sebagai Kluster Kampung Anak Ikan di Besut, Terengganu yang membabitkan kes indeks, seorang lelaki berusia 31 tahun.

 

Katanya, lelaki berkenaan mula mengalami gejala COVID-19 pada 17 Julai lalu.

 

"Lelaki ini mempunyai sejarah merentas negeri ke Pahang pada 11 hingga 15 Julai lalu dan sehingga kini seramai 117 individu sudah disaring iaitu 29 daripadanya dijangkiti termasuk 11 kes baharu yang dilaporkan hari ini," katanya.

 

Dalam pada itu, kluster membabitkan aktiviti rentas negeri yang terakhir dikenali sebagai Kluster Paya Keladan di Temerloh, Pahang.

 

Dr Noor Hisham berkata, kluster berkenaan berpunca daripada seorang lelaki berusia 26 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Julai lalu hasil saringan individu bergejala.

 

"Kes mempunyai sejarah merentas negeri ke Kelantan pada 12 hingga 14 Julai lalu dan sehingga kini seramai 61 individu sudah disaring dan daripada jumlah itu 26 kes dijangkiti termasuk tiga kes baharu yang dikesan hari ini," katanya.

 

Mengulas mengenai kluster baharu hari ini, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat 42 kluster dikesan iaitu angka tertinggi setakat ini.

 

Beliau berkata, daripada jumlah kluster baharu yang dikesan itu, 25 kluster membabitkan tempat kerja, 12 dalam kalangan komuniti, masing-masing dua kluster pusat tahanan dan kumpulan berisiko.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…