COVID-19: Syarikat penerbangan Indonesia sudah mula buang pekerja

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat-syarikat penerbangan dari Indonesia sudah mula membuang pekerja-pekerja dalam usaha untuk menurunkan kos semasa wabak COVID-19 ini.

Menurut laporan Persatuan Penerbangan Kebangsaan Indonesia (INACA), antara pekerja yang dibuang ialah juruterbang, pramugari dan pramugara, juruteknik dan kru sokongan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

COVID-19 telah menyebabkan banyak penerbangan domestik dan antarabangsa dibatalkan kerana kekangan perjalanan oleh banyak negara.

Ketakutan orang ramai untuk melakukan perjalanan jauh turut menjadi punca penerbangan terpaksa dibatalkan.

Menurut pengerusi INACA, Denon Prawiratmadja, lebih dari 50 peratus penerbangan dibatalkan sejak jumlah penumpang merosot bermula Mac lalu.

Beliau turut meminta fasiliti-fasiliti milik kerajaan menurunkan cas bayaran untuk penggunaan terminal udara dan navigasi.

"Industri ini memerlukan bantuan dari segi kewangan fiskal, seperti penundaan bayaran cukai korporat, penangguhan bayaran duti eksais untuk alatganti dan pakej stimulus dari pihak kerajaan Indonesia," ujarnya.

* Laporan asal dari Jakarta Post

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Aion akan berkolaborasi dengan Indomobil Group yang berpengkalan di Jakarta untuk memasang EV di…
Berita Global
Budi Karya berkata, kemudahan proving ground tersebut akan dibina di Pusat Ujian Kelayakan Jalan…
Berita Global
Timbalan Penyelaras Infrastruktur dan Pengangkutan di Kementerian Koordinator Hal Ehwal Maritim dan…