COVID-19: Stesen Shell lakukan sanitasi setiap sejam

oleh HEZERI SAMSURI|
Stesen minyak Shell di seluruh negara dikerah untuk melakukan pembasmian kuman setiap sejam di kawasan-kawasan sensitif semasa gejala wabak COVID-19 ini.
Modenas

Sedar bahawa stesen minyak adalah antara tempat tumpuan ramai walaupun semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung, Shell Malaysia tidak mahu mengambil sebarang risiko.

Antara tempat yang akan dibasmi kuman setiap sejam ialah:

Bahagian luar
Corong pam minyak, pam udara tayar, terminal pembayaran di pam, pemegang pengelap cermin, tempat kertas tisu dan tong sampah

Bahagian dalam
Pemegang pintu, bahagian atas kaunter pembayaran, pemegang pintu peti sejuk, papan kekunci ATM dan sebagainya.

Bahagian tandas
Pemegang pintu, suis, mangkuk tandas, mangkuk buang air kecil dan sinki serta sebagainya.

 

 

Semua perkhidmatan stesen, pusat penukaran minyak pelincir dan tandas akan beroperasi seperti biasa sewaktu PKP ini berlangsung/

Bagi kedai serbaneka Select, ia masih dibuka sehingga tamat operasi (bergantung pada stesen, tidak lebih dari 12 tengah malam) dan jualan makanan Deli2Go serta minuman Costa Coffee hanya dibenarkan untuk dibungkus sahaja.

Lube Bay atau pusat penukaran minyak pelincir pula dibuka mengikut waktu operasi yang dibenarkan.

Di bawah ialah pautan untuk melihat waktu operasi stesen-stesen minyak Shell di seluruh negara.

https://www.shell.com.my/media/covid-19/operating-hours-of-shell-stations-in-selected-states-and-districts.html


 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Promosi ini bermula sekarang sehingga 18 September 2020 ini di mana para pengguna hanya perlu…
Berita Domestik
Menurut Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn…
Berita Domestik
Kempen #AkuRindu ini akan berlangsung bermula Isnin (1 Jun 2020) sehingga Khamis (4 Jun 2020)…