Dalam satu kenyataan, organisasi tersebut berkata: "Banyak stesen petrol akan ditutup pada minggu-minggu akan datang, kerana penjualan bahan api amat sedikit dan merugikan perniagaan dan permasalahan ini masih tidak dapat diselesaikan."
Siapa PRA tersebut?
PRA atau Petrol Retailers Association adalah wakil peruncit bahan api yang menyumbang 70 peratus daripada UK forecourts.
Persatuan itu 'bertugas' sebagai penasihat kepada para pengguna di sana untuk memaklumkan stesen petrol yang masih di buka dan beroperasi sebelum pengguna berhenti untuk mengisi bahan api.
Apa kata pengerusi PRA tentang situasi terkini?
Pengerusi PRA, Brian Madderson berkata,"Untuk memastikan perjalanan para pekerja selamat sampai ke destinasi, stesen minyak perlu dibuka tetapi ini terbukti merupakan satu cabaran!
"Peruncit bahan api perlu mengekalkan harga pada tahap sebelumnya untuk mengelakkan kerugian stok yang ketara."
PRA turut menunjukan angka-angka yang diterbitkan oleh Jabatan Perniagaan, Tenaga dan Perindustrian Strategi (BEIS) pada hujung minggu lalu yang dikatakan menunjukkan bahawa tiga daripada lima stesen minyak masih mempunyai tangki penyimpanan penuh.
Ia membuktikan bahawa peruncit telah membeli bahan api pada minggu lalu atau minggu sebelumnya pada harga borong yang lebih tinggi daripada harga yang tersenarai hari ini.
Berapakah jumlah penurunan bahan api yang digunapakai berbanding sebelum ini?
Badan perdagangan itu mengatakan bahawa penggunaan bahan api telah jatuh lebih daripada 70 peratus disebabkan oleh wabak COVID-19 itu.
Harga minyak juga telah mengalami penurunan harga mingguan terbesar berbanding rekod terburuk dalam sejarah pada bulan Jun 2003.
Harga purata satu liter petrol turun 8p kepada £1.12 dalam tujuh hari hingga Isnin, manakala harga diesel turun 4p kepada £1.19.
Terdapat juga beberapa peruncit kini terpaksa meletakkan harga petrol mereka kurang daripada £1 seliter.
Pengurangan harga itu didorong oleh harga minyak yang menjunam sejak beberapa minggu lalu sejak Covid-19 merebak di seluruh Eropah.
Dalam masa yang sama, bilangan pemandu yang boleh memanfaatkan harga murah bahan api adalah terhad, kerana Kerajaan telah memerintahkan perintah berkurung dan bekerja dari rumah.
Jurucakap BEIS (Department for Business, Energy and Industrial Strategy) berkata: "Kerajaan mempunyai perancangan jangka panjang yang mantap untuk memastikan bahan api terus tersedia untuk orang ramai.
"Penutupan Forecourt setakat ini adalah sangat terhad tetapi kami akan terus mengekalkan keadaan ini dan sedang membuat kajian semula untuk memantau tahap stok di forecourts di seluruh UK."
sumber: News&StarUK