UK labur US$250 juta dalam projek EV Mahindra

oleh HEZERI SAMSURI|
British International Investment (BII) akan melabur sehingga US$250 juta dalam projek pembinaan kenderaan elektrik (EV) oleh syarikat India, Mahindra.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mahindra dilaporkan mahu menjadi juara kenderaan EV di India dan pelaburan itu akan melihat pemilikan saham sebanyak 4.8 peratus oleh BII di dalam unit EV Mahindra.

Unit baharu itu dianggarkan bernilai US$9.1 bilion dan akan dimiliki oleh Mahindra. 

Dana dari unit itu akan digunakan untuk membina EV menggunakan kebolehan pengilangan Mahindra dan juga vendor, pengedar dan pembiaya syarikat India itu.

Pengarah eksekutif Mahindra, Rajesh Jejurikar berkata ia menganggarkan 20 ke 30 peratus SUV Mahindra terdiri dari varian EV menjelang 2027 - iaitu sehingga 200,000 unit setahun.

Pasaran EV di India sekarang ini dikepalai oleh Tata Motors dengan satu peratus pegangan pasaran. Kerajaan India bercadang mahu meningkatkan jumlah EV kepada 30 peratus dari jumlah jualan tahunan menjelang 2030.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Setiausaha Pengangkutan UK, Grant Shapps menerusi akaun Twitter-nya menjelaskan, pihaknya…
Berita Global
Foto: Andrés García from Pexels   Apa yang berlaku ialah pekerja kilang perlu mengasingkan…
Berita Global
  Pengumuman itu dibuat pada minggu yang sama ketika Lilium, syarikat start-up teksi udara Jerman…