Bukan hanya cip, kilang kereta UK terjejas sebab kurang staf!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Civic Type R
Honda Civic Type R
Di antara sektor pembuatan yang masih belum dibuka di negara kita adalah pengeluaran kenderaan.

Kesan terus daripada penutupan ini ialah jualan kenderaan merudum teruk apabila bilik pameran turut sama tidak beroperasi.

Bagaimana pula di luar negara seperti United Kingdom?

Pada bulan Jun 2021, kilang kereta di negara itu kekal beroperasi namun terjejas teruk.

Untuk bulan Jun, Persatuan Pengeluar dan Peniaga Kenderaan (SMMT) UK memaklumkan kilang di negara itu mengeluarkan 69,097 unit kereta.

Penurunan tersebut berpunca dari bekalan cip global akibat pandemik Covid-19, kekurangan pekerja dan beberapa lagi cabaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Photo by Andrés García from Pexels
Foto: Andrés García from Pexels

 

Apa yang berlaku ialah pekerja kilang perlu mengasingkan diri selepas menjadi kontak kepada mereka yang berada di luar tempat kerja.

Senario ini suatu yang menarik untuk diperhatikan. Sebagai contoh kilang kereta di negara kita tidak dibenarkan beroperasi dan jumlah pengeluaran langsung merudum.

Di UK pula kilang dibenarkan beroperasi namun jumlah pengeluaran tetap jatuh akibat dari masalah cip dan pekerja.

Meskipun menghadapi masalah, kilang di sana masih mampu mengeluarkan 69 ribu unit kereta. 

Keadaan yang sedang dihadapi ini meletakkan pengeluaran kenderaan dalam risiko dan satu lengahan bagi pemulihan industri.

 

SMMT UK auto industry June 2021

 

Seperti di awal artikel, cabaran yang dihadapi ialah pandemik, peraturan perdagangan baharu dengan Eropah dan pembekalan komponen.

Berapa teruk keadaan sekarang? Dalam tempoh enam bulan pertama 2021, sebanyak 498,923 kereta dikeluarkan dan angka itu tidak berapa molek.

Jumlah tersebut mewakili penurunan sebanyak 38.2 peratus jika dikira dari segi purata lima tahun dan enam bulan pertama.

Purata lima tahun untuk enam bulan pertama (2015 - 2019) ialah 810,083 unit kereta.

Perbezaan ketara 311,160 unit kereta dalam tempoh tersebut bernilai lebih dari GBP 8.5 bilion (RM50.3 bilion).

 

auto
Image by Bruno /Germany from Pixabay 

 

Bercakap tentang kerugian memang menakutkan namun apa yang lebih penting ialah nyawa dan kesihatan rakyat perlu diutamakan.

Memberi sinar kepada industri pengeluaran kenderaan UK ialah program eksport di mana 83.4 peratus model yang dibuat di negara itu di hantar ke luar negara. 

Pembahagian pasaran juga menarik. Lebih daripada separuh atau 51.7 peratus untuk pasaran Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat sebanyak 18.8 peratus dan disusuli China dengan 7.8 peratus.

Jepun dan Australia pula mewakili jumlah kecil iaitu 1.9 peratus dan 1.8 peratus.

SMMT UK auto industry June 2021

Keadaan yang dihadapi pengeluar di UK sekarang masih sukar dengan ketidaktentuan pembekalan dijangka berlanjutan sehingga tahun 2022.

Masih ada sinar sebenarnya, ada beberapa pelaburan yang diumumkan baru-baru ini untuk industri automotif UK. 

Pelaburan tersebut sangat diperlukan selepas empat tahun UK keluar dari EU dan beberapa kilang yang ditutup.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Foto: Clker-Free-Vector-Images from Pixabay
Foto: Clker-Free-Vector-Images from Pixabay

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mahindra dilaporkan mahu menjadi juara kenderaan EV di India dan pelaburan itu akan melihat…
Berita Global
Menurut Setiausaha Pengangkutan UK, Grant Shapps menerusi akaun Twitter-nya menjelaskan, pihaknya…
Berita Global
  Pengumuman itu dibuat pada minggu yang sama ketika Lilium, syarikat start-up teksi udara Jerman…