COVID-19: Sekatan jalan raya di KL ditarik balik kecuali lokasi PKPD

oleh SALINA JALIL|
Semua sekatan jalan raya (SJR) di sekitar ibu negara ditarik balik bermula hari ini, selaras pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Bagaimanapun SJR tetap diadakan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dengan kawalan penguatkuasaan oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata tindakan menarik balik SJR ini adalah selaras dengan keputusan kerajaan berhubung pelaksanaan PKPB.

 

"Meskipun SJR ditarik balik pihak polis kini menumpukan penguatkuasaan terhadap pelaksanaan penjarakan sosial di antara orang ramai khususnya di kawasan terbuka.

 

"Kita (polis) sudah menubuhkan pasukan pemantau yang akan bergerak secara serta-merta ke tempat-tempat tumpuan orang ramai yang dikesan melanggar arahan Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya ketika dihubungi hari ini.

 

Beliau berkata arahan utama KKM adalah mengelakkan orang ramai berkumpul dan menjarakkan diri mereka ketika melakukan aktiviti harian.

 

"Itu kita akan pastikan, kita akan memberikan nasihat, teguran dan amaran sekiranya ada individu atau kumpulan melanggar arahan KKM," katanya.

 

Setakat ini di Kuala Lumpur, hanya kawasan Pusat Bandar Utara merangkumi kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur dan kawasan kediaman berhampiran diletakkan dalam kawasan PKPD.

 

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata jumlah kenderaan yang dikesan memasuki bandaraya Kuala Lumpur hari ini meningkat sebanyak 30 peratus berbanding ketika PKP dilaksanakan.

 

"Meskipun terdapat peningkatan jumlah kenderaan selepas kerajaan mengumumkan PKPB, tiada kesesakan luar biasa dikesan berlaku di sekitar ibu negara sehingga tengah hari tadi.

 

"Pihak JSPT bagaimanapun akan memastikan orang ramai sentiasa mematuhi arahan ditetapkan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) KKM dipatuhi," katanya.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dollah berkata, semasa mangsa sedang…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata Vellfire …
Berita Domestik
Menteri kanan (kluster keselamatan) berkata keputusan dibuat selepas mesyuarat Majlis Keselamatan…