Toyota Vellfire lari dari sekatan jalan, tiga warga Afrika diburu polis

oleh SALINA JALIL|
Polis memburu tiga lelaki dipercayai warga Afrika selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka memecut untuk melarikan diri daripada pemeriksaan di Bulatan Hillview Hulu Kelang, Ampang, semalam.


Dalam kejadian jam 4.15 petang itu, polis sedang membuat rondaan dan cuba menahan MPV Toyota Vellfire itu yang berada dalam keadaan mencurigakan, namun pemandunya terus memecut ke arah Jalan Ampang.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata Vellfire berkenaan kemudian didapati terbabas di tepi jalan ketika menghala ke Lebuhraya Maju Expressway (MEX), dekat Putrajaya.

 

"Ketiga-tiga lelaki itu melarikan diri selepas melompat keluar hingga menyebabkan MPV itu jatuh ke dalam longkang.

 

"Sebelum itu, anggota polis yang mengejar kenderaan berkenaan memaklumkan kes suspek melarikan diri kepada Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk bantuan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Mohamad Farouk berkata, siasatan lanjut mendapati MPV itu didaftar atas penama warga tempatan dan tiada rekod hilang.

 

"Kita mendapati seorang lelaki terbabit menyewa MPV itu dari sebuah syarikat sewa kereta di Cheras 2 Balakong. Pemilik kenderaan itu sudah dipanggil untuk diambil keterangan.

 

"Pada masa sama, beberapa topeng muka hitam dan putih turut ditemui dalam kenderaan itu. Pembabitan suspek dalam kes jenayah termasuk samun masih disiasat," katanya.

 

MPV yang disita itu dibawa ke IPD Ampang Jaya untuk tindakan selanjutnya.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil ke IPD Ampang Jaya bagi membantu siasatan.

 

 

 

The Star

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan jam…
Informasi
Hantaran tersebut turut berkongsikan tiga keping gambar memaparkan pengurniaan MPV Toyota Vellfire…
Pelancaran
Dari segi penawaran, Alphard dan Vellfire generasi baharu ini menampilkan ciri-ciri termaju,…