PKP: JPJ akan bantu PDRM, Tentera

oleh Mohamad Hanif|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membantu polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat sekatan jalan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri kanan (kluster keselamatan) berkata keputusan dibuat selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebentar tadi.

“Kita bersetuju dengan permohonan JPJ untuk membantu polis mengadakan sekatan jalan di seluruh negara,” katanya pada sidang media harian di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan terdapat penurunan dari segi tangkapan orang ramai yang ingkar PKP.

Menurutnya, setakat semalam, 300 individu ditahan di sekatan jalan dan rondaan polis, sekali gus berkurangan berbanding kelmarin.

“Kadar tangkapan menurun sebanyak 34 peratus. Namun kita akan buat kajian secara terperinci mengenai perkara ini dan melihat kepada trend.

“Ini kerana dua hari lepas juga menurun, kemudian meningkat semula kerana ramai yang keluar pergi bank untuk mendapatkan duit Bantuan Prihatin Nasional (BPN),” kata beliau.

BPN adalah inisiatif kerajaan membantu rakyat diumum Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion pada 27 Mac lalu.

Ismail pada masa sama, turut menyatakan berdasarkan laporan polis, kadar pematuhan PKP kini meningkat kepada 97 peratus.

“Ada tiga peratus lagi yang masih ingkar dengan arahan PKP,” jelas beliau.

Sumber: SelangorKini

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pegawai Perhubungan By The Billions, Afiq Feisal berkata, “Kami percaya bahawa sejak kejayaan…
Berita Domestik
Secara keseluruhan, Proton dianggarkan memegang pasaran sebanyak 22.7 peratus, atau peningkatan…
Telah Diuji
Ia bukanlah satu perkara yang kurang baik, memandangkan kebanyakan negara serta pengeluar automotif…