COVID-19: Sedikit kelonggaran untuk yang terperangkap di kampung

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan mempertimbang untuk membenarkan satu kali perjalanan bagi orang ramai yang terkandas di kampung atau tempat lain yang hendak balik ke rumah masing-masing

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kebenaran itu hanya diberikan kepada mereka yang terperangkap di kampung atau di tempat lain, sebelum kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama.


Pergerakan itu, katanya, tentu akan membabitkan jumlah besar dan kerajaan sedang mengumpul data dan mengkaji kaedah terbaik untuk mengatur pergerakan golongan berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Seperti diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mereka terbabit boleh mendaftar secara dalam talian di aplikasi disediakan Polis Diraja Malaysia (PDRM), atau membuat temujanji untuk hadir ke balai polis bagi tujuan pendaftaran.

 

"Adalah penting untuk pihak polis mengatur perjalanan saudara-saudari supaya tidak berlaku kesesakan di jalan raya atau di hentian-hentian di lebuh raya.

 

"Anda juga perlu pastikan anda sihat dan tidak mempunyai apa-apa gejala sebelum memulakan perjalanan. Butiran terperinci mengenai perkara ini akan diumumkan  kerajaan dalam masa terdekat.

 

"Ini adalah sedikit kelonggaran yang diberikan setakat ini. Saya ulang sekali lagi, sedikit kelonggaran (dalam PKP). Bukan terlalu longgar," katanya dalam perutusan khas, malam tadi.

 

 

 

sumber: BH

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…