Ini dinyatakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga disahkan oleh laman web kerajaan, Sebenarnya.my
Menurut laman web tersebut, tidak ada arahan dari pihak polis berkaitan kedua perkara tersebut.
Kepada pemilik suara di dalam voice note Whatsapp itu, sila solat taubat dan berdoa pihak polis tidak mengetuk pintu rumah anda kerana menyebarkan berita palsu.
Apapun, patuhi arahan MKN untuk memastikan hanya ketua keluarga sahaja yang keluar untuk membeli makanan atau bekalan dan pakai topeng muka setiap kali keluar rumah.