"Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah akan mendaftar dan menyelaras operasi perkhidmatan ini," katanya.
Safar berkata, kerajaan negeri juga bersetuju untuk membenarkan kedai komputer, kedai telefon bimbit, kedai fotostat, kedai alat tulis beroperasi bagi membolehkan pelajar mendapat peralatan berkaitan, bagi tujuan pembelajaran secara dalam talian.
Katanya, kedai menjual peralatan keagamaan di negeri ini turut dibenar beroperasi, dan semua kedai terbabit dibenarkan beroperasi tiga hari seminggu, iaitu pada Selasa, Khamis dan Sabtu mulai 8.00 pagi hingga 5.00 petang.