COVID-19: ProRider jadi sukarelawan bungkus makanan sepanjang PKP

oleh Penyumbang Rencana 2|
Kebiasaannya penunggang motosikal dikaitkan dengan imej negatif atau ‘budak jahat’. Namun apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kemuliaan hati mereka disedari masyarakat.


Buktinya apabila sekumpulan penghantar makanan mengambil inisiatif menyampaikan sumbangan orang ramai dalam bentuk makanan kepada gelandangan dan isi rumah memerlukan sepanjang tempoh terbabit
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terpanggil dengan sikap baik itu, Persatuan Penunggang Motosikal Profesional (ProRider) turut tampil menjadi sukarelawan di Ipoh Central Kitchen (ICK) membungkus makanan untuk petugas barisan hadapan serta gelendangan.


Setiausaha Penaja ProRider, Wazi Abdul Hamid berkata, koloberasi bersama pihak ICK itu bermula sejak 18 Mac lalu sebaik sahaja kerajaan mengisytiharkan PKP.


“Peluang untuk menjadi sukarekawan ini timbul selepas kami mendapat tahu pihak ICK tidak cukup petugas untuk membantu membungkus makanan yang akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan.



“Ditambah dengan tular di media sosial penghantar makanan yang sanggup bersusah payah menghantar makanan kepada gelendangan. Jadi kami terpanggil untuk membantu kerana ia akan dapat menaikkan imej baik penunggang motosikal dalam kalangan masyarakat,” katanya.
 

 

Menurut Wazi, seramai lapan penunggang serta bekas penunggang profesional bergilir-gilir membantu membungkus makanan di ICK dan mereka bermula pada pukul 9 pagi sehingga 12 tengahari.



Katanya, setiap hari antara 900 hingga 1,000 makanan yang dimasak di ICK akan dibungkus untuk diedarkan ke hospital, pusat penempatan gelendangan serta lokasi-lokasi pasukan barisan hadapan bertugas.

 


Wazi berkata, mereka akan bergilir-gilir membungkus makanan selain memastikan makanan disediakan dalam keadaan bersih.

 


Jelas beliau, mematuhi perintah PKP, kesemua mereka turut mendapat surat kebenaran daripada pihak polis untuk bergerak ke ICK.

 

pack

 

pack 2

 



Disediakan oleh
Hamimah Hamid & Mohd UmzarulFaiz Umar

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…