COVID-19: Petronas sumbang peralatan perubatan RM20 juta kepada hospital

oleh SALINA JALIL|
Petronas menyumbangkan peralatan perubatan bernilai RM20 juta kepada hospital yang diwartakan bagi mencegah penularan wabak COVID-19.


Kementerian Kesihatan dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan menyalurkan peralatan dan bekalan perubatan kritikal itu kepada hospital terbabit termasuk pusat kuarantin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Peralatan perubatan itu termasuk ventilator, katil hospital dan tilam selain kamera pengimejan termal, termometer digital, kit ujian virus, pelindung hidung dan mulut serta peralatan perlindungan peribadi (PPE).
 

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas, Lita Osman berkata pihaknya sangat berterima kasih kepada kakitangan perubatan dan anggota penguat kuasa yang bekerja keras untuk membendung penyebaran COVID-19.

 

“Mereka memerlukan semua bantuan, terutama sekali apabila terdapat lebih daripada 1,000 pesakit yang positif COVID-19 yang sedang menerima rawatan.

 

“Bersama-sama, Yayasan Petronas bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk memberikan sokongan kepada masyarakat pada saat genting ini.

 

“Usaha kami juga mencerminkan komitmen Petronas terhadap peningkatan kesejahteraan masyarakat," kata Lita dalam satu kenyataan pada Isnin.


Menurut kenyataan tersebut juga, sumbangan berkenaan melengkapkan inisiatif baharu oleh anak syarikat Pertronas, Petronas Dagangan Berhad (PDB) yang menyumbangkan air mineral Mesra dan roti Mesra Biter kepada kakitangan perubatan yang ditempatkan di Pusat Saringan COVID-19 di Hospital Sungai Buloh, Selangor.



Dalam pada itu, PDB juga akan menyumbangkan air mineral Mesra kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

 

pr petronas

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…