COVID-19: Pergerakan dari kampung ke bandar ditetapkan 7 hingga 10 Mei

oleh SALINA JALIL|
Pergerakan pulang rakyat yang berada di kampung halaman ke bandar akan bermula dari 7 hingga 10 Mei ini.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyediakan jadual pergerakan bagi memastikan kelancaran perjalanan berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Sehingga kini, katanya, PDRM sudah menerima kira-kira 500,000 permohonan untuk pulang bekerja dan kebenaran bergerak itu bergantung kepada kelulusan Gerak Malaysia.

 

"PDRM akan membuat kenyataan media bagi memberikan penjelasan lebih terperinci mengenainya seperti bila dan di mana," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

 

Ismail Sabri turut mengingatkan penjawat awam supaya tidak terburu-buru pulang hari ini atau esok, berikutan pejabat kerajaan mula dibuka Isnin ini.

 

Katanya, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, bersetuju supaya penjawat awam tidak perlu mula bekerja Isnin ini dan boleh menunggu waktu pulang berdasarkan hari yang akan ditetapkan PDRM.

 

"Sebagai contoh, kalau jadual perjalanan jatuh pada Jumaat, mereka perlu tunggu pada Jumaat dan boleh bekerja pada Isnin berikutnya," katanya.

 

Ismail Sabri turut meminta majikan sektor swasta memberi ruang kepada pekerja melakukan perjalanan berdasarkan jadual disediakan PDRM dan tidak mengambil tindakan jika pekerja gagal hadir Isnin ini.

 

"Saya akan minta Kementerian Sumber Manusia melihat dari aspek perundangan jika tindakan boleh dikenakan kepada majikan yang mengambil tindakan ke atas pekerja mereka kerana ia bukan pilihan pekerja tetapi mengikut peraturan yang ditetapkan PDRM," katanya.

 

Menjawab soalan mengapa penerbangan domestik boleh beroperasi namun perjalanan rentas negeri tidak dibenarkan, beliau berkata, penerbangan berkenaan hanya membawa separuh daripada jumlah penumpang sebenar.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…