COVID-19: MAS cadang mula balik penerbangan Semenanjung ke Sabah/Sarawak dalam minggu ini

oleh HEZERI SAMSURI|
Kementerian Pengangkutan sudah meminta MAS dan AirAsia untuk memulakan operasi penerbangan mereka dari semenanjung ke Sabah dan Sarawak di dalam minggu ini, walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berlangsung.

Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata ia telah menghubungi Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan syarikat itu bersetuju untuk memulakan operasinya kembali.
Modenas

 

Laluan terbabit ialah penerbangan pergi-balik antara Kuala Lumpur dan Kuching, KL dan Miri serta KL dan Kota Kinabalu.

Menurut kenyataan Wee, dua syarikat penerbangan itu akan terbang seminggu sekali ke destinasi-destinasi tersebut. 

MAB juga akan meningkatkan jumlah penerbangan sekiranya ada permintaan.

Operator perkhidmatan penerbangan pendalaman, Maswings juga akan memulakan operasi untuk destinasi Miri dan Bintulu, Kuching dan Sibu serta Sibu dan Bintulu.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata walaupun pembatalan penerbangan adalah salah satu cara untuk memutuskan rangkaian wabak COVID-19, prosidur operasi yang ketat masih boleh dikenakan kepada penumpang.

Wee pula berkata kementeriannya tidak pernah meminta syarikat penerbangan untuk menghentikan penerbangan ke Sabah dan Sarawak.

Sebelum ini, AirAsia membatalkan penerbangan domestik dan antarabangsa bermula 28 Mac hingga 28 April atas dasar untuk melindungi penumpang dan pekerjanya dari jangkitan wabak.

MAS pula menghentikan operasi setelah jumlah penumpang merudum kepada 15 peratus sahaja. Namun begitu, operasi kargo MAS masih berlangsung.

* Laporan asal dari MalaysiaKini

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Beliau berkata, ibu bapa tidak perlu lagi memohon surat kebenaran daripada polis.   "Mesyuarat…
Informasi
  Menurut laman Pejabat Peguam Negara, perkara itu telah diwartakan di bawah Ordinan Darurat (…
Informasi
  "Pengenalpastian secara digital ini akan membuka jalan untuk penumpang Malaysia Airlines yang…