COVID-19: Kilang plastik Perai hasilkan kelengkapan untuk bantu petugas hospital

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebuah kilang plastik di Perai, Pulau Pinang telah menghasilkan kelengkapan pelindung plastik seperti yang digunakan di hospital-hospital sekarang.

Careta dimaklumkan bahawa alat pelindung berbentuk kotak plastik itu diperlukan oleh hospital-hospital dan pusat kesihatan agar dapat membantu mengurangkan risiko petugas-petugas kesihatan terkena jangkitan COVID-19 ketika sedang merawat pesakit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut seorang dermawan yang menghubungi Careta, syarikat plastik Arita itu dapat menghasilkan alat tersebut seperti yang diminta oleh hospital-hospital sebelum ini. 

Beliau juga berkata pusat-pusat kesihatan kecil turut memerlukan alat tersebut.

Beliau yang telah menderma beberapa unit kepada hospital-hospital tempatan berkata harga alat tersebut di bawah RM300 seunit.

 


 

 

Kotak aerosol ini dicipta oleh Dr Lai Hsien Lung dari Taiwan dan beliau telah berkongsikan rekabentuknya di media sosial.

"Kotak aerosol ini adalah buatan tempatan dan ia juga menggunakan bahan-bahan tempatan," ujarnya melalui Whatsapp. Ia juga kuat dan menggunakan bahan bermutu tinggi agar tahan lasak.

Kami juga diberitahu bahawa kotak aerosol dari Perai ini telah diuji dan diperbaiki rekabentuknya, hasil dari nasihat pakar-pakar dari sebuah hospital universiti terkenal di Kuala Lumpur.

Kepada mereka yang mahu membeli alatan ini, di bawah ialah laman web syarikat Arita Plastics.

http://www.aritaplastic.com/index.php

Nasihat kami, hubungi dahulu pihak hospital atau pusat kesihatan sebelum menderma kerana mereka mungkin sudah mempunyai alat itu.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…