COVID-19: Kelantan tidak anjurkan bazar Ramadan

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan negeri Kelantan memutuskan tidak akan menganjurkan Bazar Ramadan tahun ini, berikutan keadaan semasa wabak COVID-19 yang masih membimbangkan.


Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata keputusan itu bertepatan dengan kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tidak membenarkan penganjuran Bazar Ramadan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Menerusi mesyuarat, kita putuskan tidak akan menganjurkan Bazar Ramadan. Kita ikut keputusan Kerajaan Pusat.

 

“Mungkin peniaga Bazar Ramadan boleh berniaga menggunakan kaedah lain seperti berniaga dalam talian,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat EXCO, di sini, hari ini.

 

Sebelum ini pihak media telah melaporkan, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bazar Ramadan tidak dibenarkan jika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan.

 

Beliau bagaimanapun menjelaskan, jika PKP tamat sebelum Ramadan, Majlis Keselamatan Negara akan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) untuk penganjuran bazar berkenaan.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…