COVID-19: Kakitangan Petronas derma RM6.4 juta untuk Tabung Covid-19

oleh HEZERI SAMSURI|
Kakitangan Petronas di seluruh dunia hari ini telah menderma sebanyak RM6.4 juta untuk disalurkan kepada Tabung Covid-19 yang diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Sumbangan itu dilakukan melalui sistem sumbangan gaji sukarela di mana kakitangan Petronas boleh memperuntukan sebarang jumlah melalui potongan gaji bulanan mereka. 
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Ia bermula dari sumbangan 10 peratus gaji untuk bulan April dan Mei 2020 dari pengurusan kanan Petronas dan seterusnya mendapat sokongan padu dari 9,000 kakitangan syarikat petroleum negara itu.

Usaha itu disasarkan untuk meningkatkan lagi dana NADMA dalam usahanya untuk bertindak balas dengan wabak pandemik itu, terutama dalam pembelian peralatan perlindungan diri (PPE) untuk pekerja barisan hadapan serta para sukarelawan.

Sumbangan dari kakitangan itu menjadikan jumlah keseluruhan usaha Petronas dalam membasmi Covid-19 itu kepada RM37.8 juta.

Ini termasuk pembelian peralatan perubatan kritikal serta bekalan bernilai RM20 juta untuk barisan hadapan di hospital dan di pusat penjagaan kesihatan pada 23 Mac lalu.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…