Covid-19: Jumlah kes positif di Seremban naik mendadak!

oleh SALINA JALIL|
Zon merah koronavirus (Covid-19) kekal 26 daerah dengan Seremban merekodkan peningkatan mendadak sebanyak 41 jumlah kes positif, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM).


Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM hari ini, daerah berkenaan merekodkan 260 kes setakat 12 tengah hari semalam, berbanding 219 kes sehari sebelum itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Selain itu, daerah Hulu Langat turut mencatatkan tambahan kes positif iaitu 419 kes berbanding 388 kes, manakala kawasan Lembah Pantai meningkat daripada 496 kes kepada 515 kes.

 

Negeri Selangor masih mencatatkan bilangan kes positif Covid-19 tertinggi iaitu 1,249 kes manakala kes terendah dengan masing-masing merekodkan satu kes di sembilan daerah iaitu Baling, Padang Terap, Bandar Bahru dan Sik di Kedah; Raub di Pahang; serta Sri Aman, Matu, Mukah, dan Lawas di Sarawak.

 

Zon merah mewakili jumlah positif Covid-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.

 

Antara kawasan yang menghampiri zon merah adalah Muar (40 kes) dan Kulai (37 kes) di Johor, Dungun di Terengganu (37 kes), Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang (38 kes), Kota Kinabalu dan Lahad Datu di Sabah (39 kes).

 

duduk rumah

 

 

Berikut adalah senarai lokasi zon merah lain di seluruh negara:

Perak

Hilir Perak 65

Kinta 93

 

Selangor

Sepang 66

Petaling 346

Hulu Langat 419

Gombak 133

Klang 164

Hulu Selangor 45

 

Kuala Lumpur

Cheras 73

Kepong 126

Lembah Pantai 515

Titiwangsa 116

Putrajaya 54

 

Negeri Sembilan

Seremban 260

Rembau 53

 

Melaka

Jasin 68

Melaka Tengah 48

 

Pahang

Kuantan 80

Jerantut 70

 

Johor

Batu Pahat 51

Kluang 201

Johor Bharu 183

 

Kelantan

Kota Bharu 90

 

Sarawak

Kuching 227

Kota Samarahan 49

 

Sabah

Tawau 71

JUMLAH 3,666

 

 

Kami di Careta mohon kepada para pembaca kami supaya patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan dan kekal duduk di rumah sahaja. Elak bersesak di jalan raya atau pasaraya kerana anda menggadaikan nyawa dan tahap kesihatan terhadap anda dan keluarga anda. #KitaJagaKita #DudukRumah

 

SH

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…