COVID-19: HUSM Kubang Kerian cipta alat pengangkutan untuk pesakit coronavirus

oleh HEZERI SAMSURI|
Hospital Universiti Sains Malaysia Kota Baru telah mencipta alat untuk memindahkan pesakit COVID-19 dengan mudah dan selamat.

Walaupun HUSM Kubang Kerian bukanlah sebuah hospital khusus untuk merawat COVID-19, alat yang dipanggil Covid-TT atau Covid Transport Tool itu membolehkan pihak hospital bersedia sekiranya ada kes itu berlaku di premis mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengarahnya, Prof Datuk Dr Ahhmad Sukari Halim berkata alat itu adalah idea dari ketua pakar bius HUSM, Prof Madya Dr W Mihd Nazaruddin W Hassan dan koordinator bilik pembedahan. Prof Madya Dr Rhendra Hardy Mohammad Zaini.

Ia dibina dengan bantuan kakitangan bilik pembedahan hospital tersebut.

Sukari berkata Covid-TT diperbuat dari bahan-bahan murah yang mudah didapati seperti paip PVC, plastik lutsinar tebal, sarung tangan getah, pita pelekat, gam, penapis hepa, pam hampagas dan cakera "valve trocar laparoscopic" terpakai serta tiub-tiub.

Kos bahan-bahan yang digunakan adalah sekitar RM300, jauh lebih rendah dari alat sebenar seperti ISOPOD yang berharga antara RM30,000 hingga RM40,000 sebuah.

Buat masa sekarang, HUSM hanya membina satu unit alatan tersebut.

Mungkin anda yang berada di sekitar Kubang Kerian boleh membantu?

* Laporan asal dari Malay Mail

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…