COVID-19: Ditahan ketika tunggu pelanggan beli air ketum

oleh SALINA JALIL|
Dua lelaki yang sedang leka menunggu pelanggan untuk menjual air ketum, adalah di antara 22 individu yang dikompaun RM1,000 kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam Op COVID-19 yang dijalankan sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU), Butterworth semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah SPU ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dua lelaki berusia 20-an itu ditahan di Jalan Pantai Bersih, di sini pada 10.30 pagi selepas didapati terdapat tiga bungkus plastik hitam mengandungi 28 bungkus air ketum di dalam bonet kereta mereka.

 

“Hasil siasatan, dua lelaki itu mengakui berada di situ kerana sedang menunggu pelanggan mengambil air ketum yang dijual pada harga RM8 sebungkus.

 

“Mereka memang menjual air ketum sejak beberapa bulan lalu, namun sejak PKP dilaksanakan harganya lebih mahal berbanding biasa iaitu RM5 kerana difahamkan bekalan daun ketum sukar diperoleh,” katanya lagi.

 

Beliau berkata, dalam operasi itu pihaknya turut menahan dua lelaki Myanmar dan dua wanita Indonesia kerana ingkar PKP dan mereka juga didapati tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan.

 

Noorzainy berkata, kesemua mereka yang ditahan masing-masing dikompaun RM1,000 dan jika gagal membayarnya dalam tempoh dua minggu, mereka akan didakwa di mahkamah. 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dollah berkata, semasa mangsa sedang…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, kereta jenis Proton Wira…
Berita Domestik
Khamis lalu, polis menahan seorang penghantar makanan berusia 20-tahun di Putrajaya. Kejadian jam…