COVID-19: Dua penghantar makanan dicekup bawa jus ketum

oleh HEZERI SAMSURI|
Dalam masa 24 jam, pihak polis menahan dua penghantar makanan yang membawa jus ketum dalam dua kes berasingan.

Khamis lalu, polis menahan seorang penghantar makanan berusia 20-tahun di Putrajaya.

Kejadian jam 1.15 pm itu berlaku ketika pemeriksaan dilakukan kepada pemuda yang menunggang motosikal Yamaha 135LC di sekatan jalanraya.

Jus ketum yang disimpan di dalam botol 1.5L itu dijumpai di dalam bakul motosikal tersebut.

Kejadian kedua berlaku semalam jam 8.45 pagi di sekatan jalan di Bukit Jalil. 

Lelaki berusia 32 tahun itu kelihatan meragukan dan selepas diperiksa, sebotol jus ketum sebanyak 500 ml dijumpai di dalam bakul motosikal beliau.

Jika sabit bersalah, setiap seorang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun, atau kedua-duanya sekali.

Ketum ialah bahan terkawal di bawah Akta Racun dan bahan kimia mitragynite di dalam jus itu mampu memberikan lebih kurang 13 kali lebih memabukkan dari morphine.

Ia digunakan sebagai proses penyembuhan tradisional untuk sakit-sakit dan untuk menghilangkan ketagihan ubat-ubat opioid seperti morphine, codeine, oxycodone dan fentanyl.

Diharapkan jangan menyalahgunakan kemudahan penghantaran makanan ini kerana ramai yang bergantung rezeki dengan pekerjaan itu dan kes-kes ini menyusahkan mereka.

* Laporan asal dari Malay Mail

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Jakarta Post, pegawai-pegawai kesihatan di lapangan terbang Sorong mengesan seorang…
Berita Domestik
Menurut Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, acara sosial termasuk…
Informasi
Bagai 'Sudah jatuh ditimpa tangga', satu-satunya motosikal miliknya juga tidak dapat digunakan…