Proton Wira sarat muatan ketum terbabas, pemandu ditahan

oleh Mohamad Hanif|
Tindakan seorang penyeludup ketum cuba melarikan diri gagal apabila kereta dipandunya terbabas lalu melanggar pokok di Kampung Kubang Tiga di Chuping, Perlis awal pagi ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, kereta jenis Proton Wira Aeroback dipandu suspek berjaya dikesan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.

Katanya, suspek dikesan memandu kereta di Kilometer 25, Jalan Alor Setar menuju ke Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 1.15 pagi.

“Sebaik melihat kereta suspek yang dipandu dalam keadaan mencurigakan, polis mengarahkannya berhenti untuk diperiksa, namun arahan itu tidak diendahkan.

“Suspek terus bertindak memecut laju sebelum kereta terbabas dan melanggar pokok,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap kereta berkenaan itu menemui 35 plastik hitam mengandungi 350 kilogram (kg) daun ketum.

Sumber: K! ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dollah berkata, semasa mangsa sedang…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah SPU ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dua lelaki berusia 20-an itu ditahan di…
Berita Domestik
Khamis lalu, polis menahan seorang penghantar makanan berusia 20-tahun di Putrajaya. Kejadian jam…