COVID-19: Cuba lari sekatan polis, lelaki ditahan bersama air ketum

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki ditahan selepas polis menemui sebotol air ketum bersamanya dalam satu sekatan jalan raya sempena Op COVID-19 hari ini di Kuala Lumpur.


Terdahulu, dalam kejadian di Batu 9, Cheras itu, suspek yang berusia 33 tahun tersebut kelihatan berada dalam keadaan mencurigakan dan cuba melarikan diri daripada sekatan.

 

Cubaan itu bagaimanapun berjaya dihidu pihak polis. Suspek, seorang pekerja perkhidmatan kurier, kemudiannya bertindak agresif cuba melarikan diri daripada pihak polis.

 

Hasil pemeriksaan, suspek didapati mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah.
 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pemeriksaan terhadap suspek mendapati dia tersenarai sebagai antara individu paling dikehendaki.

Suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 26 Akta Polis kerana melarikan diri daripada sekatan jalan raya dan Seksyen 30 Akta Racun.



Setakat ini, Kajang mencatatkan enam tangkapan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah itu.

 

 

Sumber: Astro Awani

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah SPU ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dua lelaki berusia 20-an itu ditahan di…
Berita Domestik
Khamis lalu, polis menahan seorang penghantar makanan berusia 20-tahun di Putrajaya. Kejadian jam…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamarrudin berkata, kedua-dua lelaki warga…