COVID-19: BMW Credit tawar moratorium hingga 3 bulan

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat BMW Credit telah mengeluarkan surat tawaran kepada para peminjam untuk membantu mereka di kala wabak COVID-19 ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut email yang Careta terima, ada dua jenis bantuan kredit yang ditawarkan.

1. Penangguhan pembayaran 

Penangguhan pembayaran diberi untuk tempoh satu hingga tiga bulan dengan dua pilihan 

- tidak menambah jangka masa pinjaman (bermakna bayaran tambahan selama enam bulan akan dilakukan selepas tempoh tangguhan)

- menambah jangka masa pinjaman (bermakna jika tempoh pembayaran asal ialah dua tahun, ditambah kepada satu atau dua atau tiga bulan mengikut kadar penangguhan yang diminta)

2. Penjadualan semula pembayaran

Pinjaman dipinda semula kepada jumlah dan tempoh masa yang dimohon. Ini nampaknya untuk pilihan bagi yang merasakan pilihan pertama tidak mencukupi.

Kesemua permohonan adalah tertakluk kepada kelulusan BMW Credit (Malaysia) Sdn Bhd dan pemohon perlu memberikan sebab-sebab yang relevan.

Anda juga perlu memberikan dokumen-dokumen sebagai bukti anda memerlukan penangguhan tersebut.Kesemua pelanggan BMW Credit diminta untuk menghubungi pihak syarikat untuk mendapatkan borang tersebut. 

Di bawah ialah cara-cara untuk anda menghubungi mereka: 

BMW Group Financial Services
Tel:  03 2719 2688
Mail: [email protected]
Web: http://www.bmw.com.my/fs

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…