COVID-19: Ber-couple ke pasaraya - polis Sabak Bernam saman RM1k setiap seorang

oleh HEZERI SAMSURI|
Nampaknya semakin lama tempoh PKP, semakin ramai yang "mencuba" nasib dan menunjukan semangat "tak mengapa" mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu polis telah mengenakan enam notis kompaun kerana melakukan kesalahan PKP di sebuah pasaraya di Sabak Bernam.

Berita dari Sinar Harian melaporkan bahawa enam individu terbabit ditahan lam 12.45 tengahari tadi.

Polis mengambil tindakan terhadap dua wanita yang keluar bersama di pasar raya itu dan sekumpulan tiga wanita serta seorang lelaki di lokasi yang sama.

Setiap seorang dikenakan kompaun RM1,000 dan mereka perlu membuat bayaran di Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias  berkata polis sudah memberitahu tidak boleh masuk berpasangan dan jangan terkejut kerana polis berada di luar dan di dalam pasaraya.

* Laporan asal dari Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…