COVID-19: Anjur perayaan Songkran, 62 warga Myanmar ditahan

oleh SALINA JALIL|
Polis hari ini menahan 62 lelaki warga Myanmar selepas terbabit penganjuran pesta Songkran di perkarangan sebuah asrama pekerja di bandar Baru Salak Tinggi, di sini.


Penahanan itu dibuat susulan klip video tersebar melalui laman Facebook berhubung penganjuran pesta berkenaan pada hari Ahad lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata tangkapan dilakukan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang kira-kira jam 2 petang semalam di perkarangan asrama pekerja terbabit.

 

"Hasil soal siasat, dua daripada suspek mengaku merakam kejadian berkenaan menggunakan telefon bimbit milik sendiri, sebelum ia disebarkan melalui laman Facebook," katanya ketika dihubungi.

 

Terdahulu, tular di Facebook video memaparkan tindakan sekumpulan pekerja Myanmar di sebuah kilang sarung tangan yang meraikan pesta Songkran.

 

Aksi mereka yang menari sambil menikmati minuman keras menerima kecaman ramai netizen berikutan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan.

 

Wan Kamarul Azran berkata, beberapa suspek yang disoal siasat mengaku menyertai aktiviti itu dan pihak polis akan mengadakan tangkapan susulan bagi mengesan baki yang terbabit.

 

“Dua telefon bimbit dan sebuah pembesar suara yang dipercayai digunakan semasa kejadian turut dirampas sebagai bahan bukti.

 

"Semua suspek ditahan mengikut Seksyen 269 dan 505(c) Kanun Keseksaan, selain Seksyen 22(b) Akta 342 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988," katanya.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…