COVID-19: Anggota petugas PKP dilempar bungkusan air kencing warga asing!

oleh SALINA JALIL|
Warga asing yang terlibat menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokasi kediaman di Kuala Lumpur, didakwa menunjukkan protes dengan melempar barangan dari tingkat atas bangunan bukan sekadar sampah, tetapi termasuk bungkusan plastik berisi air kencing.


Sikap biadap terbabit ditunjukkan penghuni dipercayai warga asing di tiga lokasi kediaman yang telah diisytiharkan PKPD itu bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut sumber, petugas terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) terpaksa berdepan situasi itu ketika melakukan kawalan selama 24 jam di kawasan berkenaan.

 

Katanya, sikap biadab penghuni warga asing itu sebenarnya ketara sejak peringkat awal pelaksanaan PKPD dipercayai kerana mereka tidak berpuas hati terhadap perintah berkenaan dan kemungkinan kerana masalah mendapatkan bekalan makanan.

 

"Bukan saja-saja askar pakai helmet ketika berkawal di bangunan-bangunan kediaman itu. Jika kita lihat ketika kawalan sekatan jalan raya, askar tak pakai helmet pun, hanya pakai beret.

 

"Pakai helmet sebab nak elak daripada kena benda yang dibaling dari atas. Bawang putih pun dibaling dari dalam rumah. Jadi kita tak dapat kenal pasti dari unit mana," katanya.

 

Careta berharap kita sebagai rakyat Malaysia sendiri jangan lupa menghormati mereka yang bertungkus lumus 'memerangi' COVID-19 ini, sama ada mereka yang bertugas di barisan hadapan mahupun di barisan belakang. Pentingnya kita bersatu jiwa dan hati menjaga keselamatan negara kita. Jangan diperlekehkan tugas mereka kerana mereka sanggup 'meninggalkan' anak isteri dan keluarga untuk membantu negara dan diri kita sendiri dalam memerangi pandemik ini.

SH

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…