Civic Versatilist - bila kereta segmen C Honda disuntik elemen crossover

oleh Mohamad Hanif|
Honda Civic merupakan antara kereta sedan segmen C yang paling hangat diperkatakan di dalam industri automotif ketika ini oleh kerana bentuk dan rekaannya yang sedikit lari daripada kebiasaan.


Tidak kurang menarik juga versi prestasi Civic Type R yang berjaya menambahkan lagi rencah kepada topik bualan semasa di kedai kopi dan juga para pemilik Type R acah-acah. 

Namun, Honda kini ingin menambah lagi perisa kepada resepi semasa Honda Civic dengan satu lagi bentuk badan yang terkini, iaitu crossover. 

Konsep ini digelar sebagai Civic Versatilist, Honda memberikan bayangan kepada umum bahawa model segmen C mereka juga sebenarnya mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai crossover, sesuai dengan trend permintaan semasa pasaran. 

Menurut Honda, Civic Versatilist ini bakal dipertontonkan kepada umum menjelang Tokyo Auto Salon 2019 yang akan berlangsung tidak lama lagi. 

Menarik juga idea crossover Civic ini. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Kejadian yang berlaku pada hari Ahad (semalam), pada pukul 7.25 pagi turut disahkan oleh Ibu…
Berita Global
  Angka 315 hp meletakkannya sebagai model produksi Civic Type R paling berkuasa pernah dijual di…
Berita Global
Dalam notis yang dipaparkan di laman web rasmi, Honda meminta maaf kepada para pelanggan telah…