City 1.0L Turbo atau City 1.5L NA?

oleh Mohamad Hanif|
Di negara-negara yang sudah pun melaksanakan peraturan pelepasan emisi yang semakin ketat, enjin turbo mungkin suatu teknologi yang tidak asing lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, bagi sesetengah pasaran, pengenalan enjin tiga silinder bersesaran lebih kecil dengan bantuan turbo mungkin satu langkah yang agak sukar untuk dilaksanakan pada ketika ini. 

Berdasarkan laporan daripada rakan media negara jiran, Autonetmagz, pihak Honda Indonesia kini sedang berkira-kira sama ada untuk membawa Honda City 1.0 liter turbo atau kekal dengan enjin 1.5 liter asal. 

Menurut Yusak Billy dari Honda Prospect Motor berkata, "pihak kami sememangnya mahu membawa masuk enjin 1.0 liter VTEC turbo, akan tetapi jika harganya meningkat (berbanding City terdahulu), adakah ada pihak yang mahu membelinya?"
 


Faktor harga sememangnya memberikan peranan penting, dan Yusak memberikan contoh terdapat kemungkinan pelanggan akan memilih untuk membeli Honda CR-V sekiranya harga jualan HR-V (jika dipasang dengan enjin turbo) meningkat. 

Sudah tentu kenaikan harga akan memberikan kesan yang ketara kepada kuasa pembelian di kalangan pelanggan, lebih-lebih lagi kepada model sedan aras mula seperti City. 

Mengikut spesifikasi, Honda City 1.0 Turbo yang diperkenalkan di Thailand mampu menjana 122 PS dan tork maksimum 173 Nm pada julat 2,000-4,500 rpm, manakala penggunaan CVT pula membolehkan City 2020 mencapai bacaan penggunaan bahan api 4.2 liter/100 km!

Sebagai perbandingan, Honda City 1.5 liter i-VTEC menghasilkan 118 hp dan 145 Nm daya kilas, dipadankan dengan transmisi CVT dengan pulangan bacaan penggunaan bahan api sekitar 5.7 liter/100 km.

Sumber: Autonetmagz

Berita Berkenaan

Berita Global
Aion akan berkolaborasi dengan Indomobil Group yang berpengkalan di Jakarta untuk memasang EV di…
Berita Global
Budi Karya berkata, kemudahan proving ground tersebut akan dibina di Pusat Ujian Kelayakan Jalan…
Berita Global
Timbalan Penyelaras Infrastruktur dan Pengangkutan di Kementerian Koordinator Hal Ehwal Maritim dan…