Citroen Oli Concept - trak pikap cilik berkuasa elektrik

oleh Mohamad Hanif|
Selepas memperlihatkan pembaharuan terhadap logo dan identiti jenama, Citroen kini menampilkan sebuah konsep trak pikap yang dinamakan sebagai Oli.
Perodua Aruz for Nov 2022 MREC

Oli (disebut sebagai all-e) disifatkan sebagai sebuah 'makmal atas roda', dengan dimensi sepanjang 4,200 mm, serta menampilkan bentuk badan yang tidak konvensional seperti cermin hadapan menegak, pintu jenis suicide dan rekaan bed belakang yang agak kecil.

Seperti yang dijangka, Citroen kini membawakan pendekatan bahasa rekaan serba baharu untuk diselarikan dengan rekaan lencana yang serba baharu.
 

Citroen


Tiada lagi rekaan jeriji krom berkembar, sebaliknya bahagian tersebut kosong tanpa sebarang bukaan yang diapit dengan unit lampu utama bersegi.

Logo Citroen boleh dibuka untuk akses kepada port pengecasan.

Bahagian bampar depan dan belakang membawakan elemen plastik dan skid plate, diikuti dengan rekaan fender bulat serta elemen perlindungan yang turut dipasang pada bahagian pintu.

Keempat-empat sudut pula dipasangkan dengan rim aluminium keluli dengan balutan tayar Goodyear Eagle yang direka untuk jangka hayat yang lebih panjang.
 

Citroen


Penggunaan bahan kitar semula seperti busa poliurethane termoplastik (TPU) juga boleh didapati pada Oli Concept, seperti pada bahagian lantai kabin dan tempat duduk.

Sementara penggunaan kadbod kitar semula pula boleh didapati pada bahagian bumbung, bonet dan bed belakang yang boleh memuatkan barangan sepanjang 679 mm atau sehingga 1,050 mm apabila pintu tailgate dibuka.

Apabila pintu suicide itu dibuka, ia menampakkan susun atur papan pemuka yang serba ringkas, di mana bahagian rasuk melintang itu menempatkan pembesar suara bluetooth terintegrasi, dok untuk peranti pintar, suis kawalan pendingin hawa, soket USB dan ruang meletak barang.
 

oli


Tiada sebarang skrin infotainmen dimuatkan, sebaliknya segala info hanya dipaparkan menerusi skrin Smartband yang terletak di bahagian dasar cermin hadapan.

Citroen menyasarkan berat badan Oli Concept adalah sekitar 1,000 kg, dengan kadar penggunaan tenaga 10 kWh/100 km yang membolehkannya mencapai jarak gerak sejauh 400 km.

Pengecasan pek bateri 40 kWh pula boleh dicapai dari 20-80 peratus dalam tempoh 23 minit sahaja.
 

Oli


Citroen Oli Concept juga turut menyokong keupayaan Vehicle-to-Grid (V2G) dan Vehicle-to-Load (V2L) yang membolehkannya menyimpan tenaga dan menyalurkan kembali ke sistem grid atau kegunaan lain di luar rumah.

Untuk masa depan, Citroen mahukan Oli yang sudah terpakai diperbaharui semula untuk kegunaan orang lain, sementara Oli yang sudah tidak boleh dipandu akan digunakan sebagai sumber alat ganti untuk kegunaan Oli yang lain.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Disebabkan itu, mereka baru-baru ini mendedahkan sebuah model konsep yang dinamakan sebagai Vision…
Berita Global
Avinya dalam bahasa Sanskrit membawa maksud inovasi, dan ia memperlihatkan visi Tata dalam mobiliti…
Berita Global
Menurut laporan daripad Autocar, beliau menjawab soalan berhubung kemungkinan Audi akan hadir…